RSS

Tag Archives: Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Cuti habis

Assalamualaikum.

Setelah dua minggu lebih berada di rumah, esok saya akan mula berangkat pulang ke kolej. Sedih sangat rasanya, dan takut sebab naik cuti ni memang banyak sangat benda-benda menanti. Mengenangkan Peperiksaan Akhir (PA), terpaksalah pulang kan.

Semoga saya akan terus dapat menulis di blog ini. Mungkin dalam jangkamasa yang panjang saya tak dapat nak meneruskan penulisan di blog ini. Sibuk. Doa-doakanlah saya untuk dapat kesempatan itu. Tulis sikit pun jadilah, asalkan ada.

Tuan-tuan dan puan-puan yang tersinggah di blog ini, saya ucapkan selamat datang ya! Moga ukhwah terjalin selamanya. Kalau boleh, like sekali di fan page saya di Facebook, klik di sini . Moga-moga saya dapat mengenali anda dan terus memberikan sedikit apa yang patut buat anda.

Untuk makluman, saya akan menghentikan seketika mengupdate Q & A Maher Zain Live In Concert . Kalau ada data dan makluman terkini, boleh terus ke Maher Zain Malaysian Fan Club di Facebook. Di sana, ramai lagi yang obses Maher Zain yang mengetahui maklumat terbaru. Akhi Fairuz, saya mohon maaf sebab tak dapat terus update. Maaf.

Moga kita berjumpa di lain kali. Banyak tutorial, reviu yang saya nak tulis. Tapi tiada kesempatan masa.

Muhammad Arif Bin Mohd Radzi | Ceritera Arif ;

 
Leave a comment

Posted by on 16/01/2011 in Pengumuman

 

Tags: , , ,

Pertandingan Rekacipta Poster KMNS 2011

Pertandingan Rekacipta Poster Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan 2011
Penyertaan : Terbuka kepada semua pelajar KMNS
– Berkumpulan ( 3 orang )
Tarikh : 3 Januari hingga 7 Februari 2011
Bahan sumber gambar boleh diperolehi daripada mana-mana pensyarah Unit Teknologi Maklumat. (Sila bawa thumbdrive)

Jom PDT , masuk ramai-ramai ! Sekian makluman daripada KMNS. Kembali ke studio! 🙂

UPDATE 12.26AM 14/1/2011 :

Syarat penyertaan :

  1. Bertemakan Minggu Pengurusan Pelajar Baru Program Satu Tahun (PST) Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan 2011-2012
  2. Saiz poster hendaklah bersaiz 600 x 800 pixel atau 800 x 600 pixel (tinggi x lebar)
  3. Menggunakan perisian GIMP
  4. Hantarkan softcopy anda (fail *.xcf & *.jpg )kepada mana-mana Pensyarah Unit Teknologi Maklumat, bersama borang penyertaan melalui thumbdrive, selewat-lewatnya pada 7 Februari 2011, jam 4 petang.
  5. 10 poster yang terbaik akan dipilih untuk dipamerkan kepada umum khususnya pada Minggu Pengurusan Pelajar Baru Sesi 2011-2012 akan datang.
  6. Penganjur berhak membatalkan penyertaan peserta sekiranya berlaku peniruan karya asal.
  7. Kalau nak menyertai secara perseorangan pun boleh. Tidak ada masalah. (Kata Cikgu Illa )

Borang penyertaan boleh klik di sini .

 
1 Comment

Posted by on 11/01/2011 in Berita

 

Tags: , , , , , , , , ,

 
%d bloggers like this: