RSS

Category Archives: Revieu

Revieu saya tentang gadget, filem, software etc

Gelanggang Maharaja Lawak : Minggu Kelapan

(Pandangan saya adalah sekadar apa yang saya lihat, perhati dan nilai. Tiada kaitan dan desakan dari mana-mana pihak untuk reviu ini disiarkan dan saya tidak menyokong mana-mana pihak yang terlibat)

(Video keseluruhan Gelanggang Maharaja Lawak akan disiarkan bersama-sama dengan reviu ini. Terima kasih kepada GuaTVdotCom dan Nazwa69 di Youtube kerana mengupload kesemua video ini)

Assalamualaikum

Minggu ini adalah minggu terakhir saya menulis reviu mengenai Gelanggang Maharaja Lawak, disebabkan saya terpaksa meneruskan pengajian saya. Walaupun minggu ini minggu yang terakhir buat saya menulis, namun saya mengharapkan agar tidak putus-putus yang akan setia menyokong Maharaja Lawak di Astro Warna.

Selepas ML MASUK diperkenalkan, saya pun dah dapat mengagak siapa yang bakal masuk semula. Dari hari pertama undian pun dah nampak trend undian berpihak kepada peserta ini. Saya ingin mengucapkan tahniah buat R2 kerana diundi masuk semula dalam Maharaja Lawak. Sesungguhnya, R2 memang layak berbanding yang lain.

Secara keseluruhannya, kesemua peserta telah memberikan bahan penceritaan yang sangat baik. Idea kreatif mereka harus dipuji. Namun, keadaan turun naik graf persembahan tetap ada. Ada yang konsisten, dan ada yang lemah. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on 21/05/2011 in Revieu

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Gelanggang Maharaja Lawak : Minggu Ketujuh

(Pandangan saya adalah sekadar apa yang saya lihat, perhati dan nilai. Tiada kaitan dan desakan dari mana-mana pihak untuk reviu ini disiarkan dan saya tidak menyokong mana-mana pihak yang terlibat)

(Video keseluruhan Gelanggang Maharaja Lawak akan disiarkan bersama-sama dengan reviu ini. Terima kasih kepada GuaTVdotCom dan Nazwa69 di Youtube kerana mengupload kesemua video ini)

Assalamualaikum

Jangkaan Amir akan tersingkir untuk minggu ketujuh amatlah menepati ramalan. Setelah 7 minggu ‘kebal’ dalam Maharaja Lawak, markah dari juri, SMS dan undian daripada rakan-rakan seperjuangan dalam Maharaja Lawak tidak menyebelahi Amir untuk terus berada di gelanggang. Tentunya ini telah menyebabkan semua peminat Maharaja Lawak terutamanya di fan page Maharaja Lawak bersuka-sukaan sebab Amir tersingkir.

Namun begitu, Amir dan peserta tersingkir yang lain seperti Alex, Jihan, kumpulan R2, kumpulan Wai dan kumpulan XN3 masih mempunyai peluang bersaing dengan peserta lain setelah undian ML MASUK dibuka. 6 peserta yang tersingkir ini boleh diserap masuk semula dengan undian LIKE gambar di fan page Maharaja Lawak. Undian ini bermula dari hari ini (13 Mei) hingga Rabu (18 Mei).

Untuk membaca Terma dan Syarat ML MASUK, klik di sini. Untuk mengundi ML MASUK, klik di sini. Untuk ke fan page Maharaja Lawak, klik di sini. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on 14/05/2011 in Revieu

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

HotFM Bersama PM

Assalamualaikum.

HotFM, radio di bawah naungan Media Prima telah menerima tetamu yang sangat istimewa daripada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Haji Abdul Razak. Kehadiran Datuk Seri Najib adalah daripada jemputan Fara Fauzana di Twitter, yang berbalas dengan persetujuan Datuk Seri Najib untuk hadir pada pagi 6 Mei 2011.

Datuk Seri Najib dilihat sangat selesa dengan sejam bersama penyampai HotFM AM Krew, Fara Fauzana dan Faizal Ismail. Di samping menjawab soalan-soalan peribadi dan soalan mengenai dasar kerajaan, sempat juga Datuk Seri Najib berlawan dam aji bersama Faizal Tahir.

Bagi saya, Perdana Menteri cuba untuk memenangi hati rakyat. Datuk Seri Najib adalah pemimpin yang baik, dan mencuba untuk memuaskan hati rakyat. Suka saya melihat Datuk Seri Najib ketawa di konti, melihatkan Datuk Seri Najib tidak terlalu terikat dengan protokol sebagai seorang pemimpin utama kerajaan.

Saya suka jenaka Datuk Seri Najib mengenai Liverpool, “Man U ada MUTV, Chelsea ada ChelseaTV, Liverpool ada History Channel…” Jenaka ini membuatkan semua yang berada di konti termasuk Kieran dan Faizal Ismail ketawa besar melihat bos mereka, Seelan Paul terkena lawak pedas daripada PM sendiri.

Layan video ini untuk mengetahui soalan-soalan panas dan jawapan-jawapan ekslusif daripada Datuk Seri Najib.

Read the rest of this entry »

 
2 Comments

Posted by on 07/05/2011 in Revieu

 

Tags: , , , , , , , , , ,

Gelanggang Maharaja Lawak : Minggu Keenam

(Pandangan saya adalah sekadar apa yang saya lihat, perhati dan nilai. Tiada kaitan dan desakan dari mana-mana pihak untuk reviu ini disiarkan dan saya tidak menyokong mana-mana pihak yang terlibat)

(Video keseluruhan Gelanggang Maharaja Lawak akan disiarkan bersama-sama dengan reviu ini. Terima kasih kepada GuaTVdotCom dan Nazwa69 di Youtube kerana mengupload kesemua video ini)

Assalamualaikum

Angin satu badan juga bila kumpulan favourite saya, Sepah berada di kedudukan tiga terendah. Bagi saya ada yang sepatutnya lebih rendah menduduki tempat bottom three ini. Namun segalanya bergantung pada pengundi, adakah mereka mengundi ataupun tidak?

Di akhir gelanggang diumumkan tiada penyingkiran untuk minggu ini. 3 yang mendapat undian terendah adalah kumpulan Balas, Man dan Amir. Kejutan baru telahpun disediakan oleh Maharaja Lawak, iaitu peserta hendaklah memilih salah satu peserta lain untuk disingkirkan. Tema untuk minggu hadapan adalah Silent Comedy.

Minggu Keenam menyaksikan pasang surut kesemua peserta. Ada yang lemah terus lemah, ada yang menurun terus menurun, ada yang konsisten.

Minggu ini ingin saya membuat sedikit kelainan. Saya akan komen kesemua persembahan, jadi anda boleh nilaikan sendiri.

Read the rest of this entry »

 
1 Comment

Posted by on 07/05/2011 in Revieu

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Gelanggang Maharaja Lawak : Minggu Kelima

(Pandangan saya adalah sekadar apa yang saya lihat, perhati dan nilai. Tiada kaitan dan desakan dari mana-mana pihak untuk reviu ini disiarkan dan saya tidak menyokong mana-mana pihak yang terlibat)

(Video keseluruhan Gelanggang Maharaja Lawak akan disiarkan bersama-sama dengan reviu ini. Terima kasih kepada GuaTVdotCom dan Nazwa69 di Youtube kerana mengupload kesemua video ini)

Assalamualaikum.

Persembahan yang sedikit menurun berbanding minggu lepas.

Itu yang boleh saya perkatakan untuk Gelanggang Maharaja Lawak minggu kelima ini. Bukan hambar, tetapi momentum kelapan-lapan peserta nampaknya sedikit menurun. Ada yang konsisten lemah, dari terbaik menurun sedikit dan ada yang meningkat minggu lepas tetapi menurun di minggu ini. Konsisten lemah yang ditunjukkan oleh Jihan menyebabkan Jihan tersingkir dan Maharaja Lawak tiada lagi peserta perempuan.

Peserta yang akan meneruskan perjuangan merebut kuasa Maharaja Lawak adalah Amir, Man, Nabil, kumpulan Balas, Sepah, Jozan dan Jambu.

Pandangan saya untuk minggu ini, mungkin sama seperti minggu lalu. Saya memilih Jozan, Sepah dan mungkin Jambu. Ketiga-tiga kumpulan ini sebenarnya agak menurun sedikit daripada minggu lepas, tetapi lawak mereka masih boleh diberikan pujian. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on 30/04/2011 in Revieu

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Gelanggang Maharaja Lawak : Minggu Keempat

(Pandangan saya adalah sekadar apa yang saya lihat, perhati dan nilai. Tiada kaitan dan desakan dari mana-mana pihak untuk reviu ini disiarkan dan saya tidak menyokong mana-mana pihak yang terlibat)

(Mulai minggu ini, video keseluruhan Gelanggang Maharaja Lawak akan disiarkan bersama-sama dengan reviu ini. Terima kasih kepada GuaTVdotCom dan Nazwa69 di Youtube kerana mengupload kesemua video ini)

Assalamualaikum.

Gelanggang Maharaja Lawak Minggu Keempat menyaksikan peserta solo, Alex terpaksa meninggalkan 8 peserta lain. Kumpulan Jozan, Sepah, Jambu, Balas dan peserta solo Nabil, Amir, Jihan, dan Man bakal meneruskan perjalanan memburu gelaran Maharaja Lawak pertama. Tahniah bagi yang tidak tersingkir, dan kepada Alex anda telah menjalankan tugas berlawak dengan baik.

Minggu keempat secara keseluruhannya adalah minggu yang terbaik jika dibandingkan dengan tiga minggu yang lepas. Kesemua sembilan peserta mampu membuatkan ramai penonton di studio dan di rumah yang melanggan pakej Mustika ketawa terbahak-bahak. Jika tiga minggu yang lalu, ada yang langsung tak lawak tetapi minggu ini kesemuanya memberikan persembahan yang terbaik. Read the rest of this entry »

 
1 Comment

Posted by on 23/04/2011 in Revieu

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Gelanggang Maharaja Lawak : Minggu Ketiga

(Pandangan saya adalah sekadar apa yang saya lihat, perhati dan nilai. Tiada kaitan dan desakan dari mana-mana pihak untuk reviu ini disiarkan dan saya tidak menyokong mana-mana pihak yang terlibat)

(Mulai minggu ini, video keseluruhan Gelanggang Maharaja Lawak akan disiarkan bersama-sama dengan reviu ini. Terima kasih kepada GuaTVdotCom dan Nazwa69 di Youtube kerana mengupload kesemua video ini)

Bukan satu, tetapi dua kumpulan yang tersingkir. Itu keputusan yang perlu diterima oleh Kumpulan Wai dan Kumpulan XN3 kerana mereka berada di kedudukan paling rapuh minggu lalu. Tiada yang perlu disimpatikan sebenarnya, kerana sepanjang 2 minggu tanpa penyingkiran persembahan Wai dan XN3 sangat hambar dan mendukacitakan. Keputusan mengeluarkan Wai dan XN3 diumumkan oleh juri tetap, Ahmad Idham. Ada simpati dari pengacara, AC Mizal untuk menggunakan imuniti kerana baru 2 minggu mereka di atas pentas. Namun, juri merasakan imuniti tidak diperlukan pada masa ini. Keputusan ini sangat tepat, dan seharusnya semua menghormatinya.

Persembahan kali kedua daripada Usop Wilcha sekali lagi mengundang gelak tawa. Kali ini, Usop menggunakan suaranya yang merdu menyanyikan sebuah lagu. Semua di dalam studio, dan di luar studio bertepuk tangan mengikuti irama lagu yang dinyanyikan oleh pemilik nama Shy8 ini. Bagi yang tak tahu, Shy8 dahulunya seorang penyanyi yang terkenal dengan lagu Terasing di Bumi Sendiri. Sedap sangat Shy8 nyanyi . 🙂 Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on 16/04/2011 in Revieu

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

 
%d bloggers like this: