RSS

Category Archives: Peribadi

Cerita peribadi yang boleh dikongsi

Fobia Memandu

Kita bercerita tentang memandu sekarang.

Satu hari, satu keluarga keluar pergi ke satu majlis. Awalnya masing-masing riang gembira. Siap dapat free gift lagi. Tapi bila time balik, ada satu malapetaka berlaku.

Ini kereta Hafiz AF selepas kemalangan. Mujur dia menang AJL , lepas duit repair…

Kereta yang dipandu menyondol kenderaan depan! Pemandu menghentak stereng, isterinya menenangkan hati si pemandu. Adik si pemandu dah pucat bibir. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on 10/01/2011 in Peribadi

 

Tags: , , , , , , ,

Tengah malam

Tersedar dari tidur yang sekejap. Sakit.

Assalamualaikum.

Saya mengalami rasa sakit, sama seperti pada masa cuti semester. Di cuti semester lalu, saya muntah-muntah, sejuk badan, menggigil, berselimut. Saya tak tahu, saya rasa hari itu adalah hari terakhir saya berada atas dunia. Terasa macam suspek demam Denggi. Orang cakap orang kena Denggi cepat goal!

Tapi, alhamdulillah. Tuhan sayangkan saya. Tuhan berikan saya kesempatan untuk hidup dan backup segala dosa dengan amalan baik.

Hari ini, sakit yang sama. Muntah, gigil, kepala pening. Menulis entri ini pun dalam keadaan yang agak menyakitkan. Tapi, gagahkan hati. Tak boleh tidur, jadinya saya menulis. Saya sebenarnya nak tulis reviu tentang filem Gulliver’s Travels, tapi atas dasar saya mengalami permulaan sakit yang agak tak berapa baik, jadi saya tangguhkan dulu. InsyaAllah, saya akan tuliskan kemudian.

Terima kasih awak sebab awak perasan saya sakit. Mungkin sebab saya tulis di Skype agaknya. Tapi, terima kasih sangat-sangat. Tolong doakan saya cepat sihat ya. Terima kasih, terima kasih, terima kasih. Sebab tu saya sayang awak lebih… 🙂

Itulah, sakit sebenarnya kifarah dari Tuhan. Sakit yang kita tanggung itu menggugurkan dosa-dosa kecil. Ramai orang mengeluh sebab sakit. Kalaulah mereka tahu sakit itu kifarah pengampun dosa, mesti ramai yang akan tiba-tiba suka dengan sakit.

Tapi macam kelakar je suka sakit, kan. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on 09/01/2011 in Peribadi

 

Tinta cinta

Angin yang bertiup menyapa di pipi. Malam ini terasa sangat sejuk, memeluk erat dada-dada insan yang sedang tidur nyenyak. Tapi bukan aku.

Entahlah. Hari-hari lihat di Facebook, kejap online kejap offline. Skype pun sama, kejap online kejap offline. Sedih, menekan dada. Cukup menyeksa.

Salahkah aku mencintaimu ? Salah ?

Kalau salah, maafkan aku. Maafkan aku kalau awak memang tak suka.

 
Leave a comment

Posted by on 08/01/2011 in Peribadi

 

Yaumil Jumu’ah

Assalamualaikum

Nampaknya totally saya suka dengan WordPress. Walaupun nampak berserabut sikit WordPress, tapi mungkin lebih intelektual kot daripada Blogspot.

Jangan marah ya pengguna Blogspot sekalian! 🙂

Hari ini hari Jumaat. Jom imarahkan masjid wahai lelaki kacak, macho, bergaya, mutu, keunggulan semuanya. Tinggalkan TV, laptop, desktop, PSP, PS2, PS3, XBox, iPhone untuk menuju kepada Pencipta segala idea-idea manusia yang membuat benda-benda tu.

Moga Jumaat hari ini memberi rahmat dan maghfirah (keampunan) kepada kita semua. Amin.

Segamat mendung aje ni . Tempat korang macam mana ?

 
Leave a comment

Posted by on 07/01/2011 in Peribadi

 

Saya janji ;

Buat Shafira Hasny yang telah ‘merotan’ saya malam ini dan yang terlebih awal ‘merotan’ saya; Abang, Kak Dila, Achik dan Kak Liza :

Bismillah.

Maafkan saya apabila dapat keputusan yang teruk untuk ujian lepas. Saya tahu teruknya keputusan itu datang daripada sikap saya yang juga teruk. Dan saya teramatlah kesal dengan keputusan yang saya dapat.

Oleh itu, saya janji untuk sedaya upaya study dengan sungguh-sungguh untuk mendapatkan hasil yang lebih baik daripada yang lepas. Saya juga akan berusaha untuk mengurangkan kerja-kerja yang bukan berkaitan dengan matrikulasi yang boleh mengganggu konsentrasi saya di matrikulasi.

Saya mohon untuk semua mendoakan saya supaya saya dapat pergi lebih jauh selepas ini. Moga diperkenankan segala usaha dan doa saya selepas ini. Amin.

Muhammad Arif Bin Mohd Radzi

Okay, sambung kerja ! 🙂

 
3 Comments

Posted by on 05/01/2011 in Peribadi

 
 
%d bloggers like this: