RSS

Category Archives: Pengumuman

Sebarang pengumuman dan hebahan dari saya

Cuti habis

Assalamualaikum.

Setelah dua minggu lebih berada di rumah, esok saya akan mula berangkat pulang ke kolej. Sedih sangat rasanya, dan takut sebab naik cuti ni memang banyak sangat benda-benda menanti. Mengenangkan Peperiksaan Akhir (PA), terpaksalah pulang kan.

Semoga saya akan terus dapat menulis di blog ini. Mungkin dalam jangkamasa yang panjang saya tak dapat nak meneruskan penulisan di blog ini. Sibuk. Doa-doakanlah saya untuk dapat kesempatan itu. Tulis sikit pun jadilah, asalkan ada.

Tuan-tuan dan puan-puan yang tersinggah di blog ini, saya ucapkan selamat datang ya! Moga ukhwah terjalin selamanya. Kalau boleh, like sekali di fan page saya di Facebook, klik di sini . Moga-moga saya dapat mengenali anda dan terus memberikan sedikit apa yang patut buat anda.

Untuk makluman, saya akan menghentikan seketika mengupdate Q & A Maher Zain Live In Concert . Kalau ada data dan makluman terkini, boleh terus ke Maher Zain Malaysian Fan Club di Facebook. Di sana, ramai lagi yang obses Maher Zain yang mengetahui maklumat terbaru. Akhi Fairuz, saya mohon maaf sebab tak dapat terus update. Maaf.

Moga kita berjumpa di lain kali. Banyak tutorial, reviu yang saya nak tulis. Tapi tiada kesempatan masa.

Muhammad Arif Bin Mohd Radzi | Ceritera Arif ;

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on 16/01/2011 in Pengumuman

 

Tags: , , ,

Selamat bercuti

Assalamualaikum.

Saya sebagai rakyat Johor nak mengucapkan selamat bercuti buat semua. Esok cuti Hari Keputeraan Sultan Johor ya.

Esok cuti, tapi ayah tak cuti. Kena standby kerja di Felda Tenang. Cuti pun masih bekerja. Nak buat macam mana, pilihan raya kecil punya pasal !

Okay, itu saja!

 
Leave a comment

Posted by on 10/01/2011 in Pengumuman

 

Tags: , , ,

Saya masih baru !

Assalamualaikum !

Saya tak tahu nak cakap apa dalam permulaan penulisan kali ini.

Saya adalah blogger yang berpindah dan mahu berjinak-jinak dari Blogspot ke WordPress. Dan saya mengharapkan agar blog ini akan menjadi medan baru buat saya menulis.

Saya ada banyak idea, tapi tak banyak masa. Moga Tuhan memberikan saya sedikit masa untuk menulis, untuk renungan, panduan dan pengetahuan kita semua.

Selamat datang ke Ceritera Arif !

 
Leave a comment

Posted by on 02/01/2011 in Pengumuman

 
 
%d bloggers like this: