RSS

Tabung MZMFC – Kejadian Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Hulu Langat : Mari Bantu Mereka!

22 May

Assalamualaikum.

Ketika saat mereka sibuk membuat persiapan untuk menerima tetamu daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Dewan Rumah Anak Yatim Al-Takwa Hulu Langat tiba-tiba dihempap tanah runtuh yang telah mengorbankan lapan nyawa dan sembilan yang cedera parah setakat jam 10.30 malam, 22 Mei 2011. 7 lagi nyawa masih lagi tertimbus dan menjadi tanda tanya.

UPDATE 22/5/2011 4:49PM

Senarai nama mangsa tanah runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa Hulu Langat :

TERKORBAN

1. Mohd Kamarul Amizan, 11 tahun
2. Nurahimi Rosdi, 14
3. Dzahir Haziq M. Muin, 11
4. Ahmad Lokman Hakim, 11
5. Farid Ibrahim, 34
6. Mohd Azret Azahari, 8
7. Wan Ahmad Hasril Hazim, 11
8. Zahid Assawal Zamri, 19
9. Mohd Mustakim Mamat, 12
10. Mohd Naerzein M. Nor, 8
11. Mohd Aiman Abdullah, 10
12. Shahrul Nurimran Adnan, 9
13. Mohd Zaid Azahari, 14
14. Mohd Imal Fahad, 9
15. Mohd Riezman Abdul Latif, 9
16. Mohd Hazim Sapri, 10

SELAMAT

1. Aizat Khusairi, 12
2. M. Allaudin Sobri, 14
3. M. Syatiq Ibrahim, 21
4. Khairul Anuar Nasri, 9
5. M. Harris Izuddin Sahrul, 11
6. Zulkhairi Aminuddin, 13
7. Izzuddin Abdullah, 30
8. Izuan Zakaria, 33
9. Mohd Akmal Mohd Jefri, 10

Sebagai warganegara Malaysia yang prihatin dengan masalah yang menimpa, Maher Zain Malaysia Fan Club (MZMFC) telah mengadakan derma kilat dengan melancarkan Tabung MZMFC, khusus untuk membantu mangsa tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Hulu Langat.

Derma boleh disalurkan dalam bentuk wang ringgit melalui :

Bank : RHB (2621 2000 0047 47)
Atas nama : MUSLIM CARE

*(akan diusahakan utk akaun Maybank. dimaklumkan kemudian)

Tempoh kutipan derma : 21 Mei 2011 – 31 Mei 2011 *jika ada permintaan untuk dilanjutkan lagi tempohnya, akan dimaklumkan kemudian.

Bagi memudahkan urusan merekod, pihak MZMFC berbesar hati untuk meminta kepada para penderma untuk memberikan maklumat yang berikut sesudah bank in :

a) Nama penderma
b) Jumlah bank in (derma)
c) No telefon
d) Tarikh bank in
e) Masa bank in

Maklumat di atas perlulah di emailkan ke : tabungmzmfc@gmail.com . Sebarang pertanyaan, boleh hubungi di Facebook Akhi Fairuz Al-Jengkawi (www.facebook.com/akhifairuz)

Hadith Nabi SAW : “Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah, jika ia tidak mampu, hendaklah ia berusaha melakukan sesutu yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan demikian ia dapat bersedekah. Jika tidak mampu, maka hendaklah ia menolong orang susah yang memerlukan bantuan. Jika tidak mampu, maka hendaklah ia menyuruh orang lain melakukan kebaikan. Jika tidak mampu, maka hendaklah ia menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap suatu sedekah”. (riwayat Ahmad)

“Orang Islam itu bersaudara, tidak boleh menzalimi dan mengkhianatinya. Sesiapa yang menolong saudaranya, nescaya Allah akan menolongnya. Sesiapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam nescaya Allah akan menghilangkan daripadanya kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban orang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat.”
(Riwayat Ahmad)

p/s : Jom join Fan Page Ceritera Arif! Klik di sini.

 
Leave a comment

Posted by on 22/05/2011 in Berita

 

Tags: , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: