RSS

Gelanggang Maharaja Lawak : Minggu Kelapan

21 May

(Pandangan saya adalah sekadar apa yang saya lihat, perhati dan nilai. Tiada kaitan dan desakan dari mana-mana pihak untuk reviu ini disiarkan dan saya tidak menyokong mana-mana pihak yang terlibat)

(Video keseluruhan Gelanggang Maharaja Lawak akan disiarkan bersama-sama dengan reviu ini. Terima kasih kepada GuaTVdotCom dan Nazwa69 di Youtube kerana mengupload kesemua video ini)

Assalamualaikum

Minggu ini adalah minggu terakhir saya menulis reviu mengenai Gelanggang Maharaja Lawak, disebabkan saya terpaksa meneruskan pengajian saya. Walaupun minggu ini minggu yang terakhir buat saya menulis, namun saya mengharapkan agar tidak putus-putus yang akan setia menyokong Maharaja Lawak di Astro Warna.

Selepas ML MASUK diperkenalkan, saya pun dah dapat mengagak siapa yang bakal masuk semula. Dari hari pertama undian pun dah nampak trend undian berpihak kepada peserta ini. Saya ingin mengucapkan tahniah buat R2 kerana diundi masuk semula dalam Maharaja Lawak. Sesungguhnya, R2 memang layak berbanding yang lain.

Secara keseluruhannya, kesemua peserta telah memberikan bahan penceritaan yang sangat baik. Idea kreatif mereka harus dipuji. Namun, keadaan turun naik graf persembahan tetap ada. Ada yang konsisten, dan ada yang lemah.

NABIL : Nabil membawakan kisah bahasa pertuturan di zaman sekarang yang penuh dengan teknologi. Nabil yang mempunyai kekuatan stand-up comedy harus dipuji kerana itulah ‘makanan’ yang menjadi rezekinya semenjak bergelak Juara Raja Lawak 2. Namun, ada ketikanya Nabil kurang membuatkan orang ketawa dan itulah yang perlu diperbaiki oleh Nabil selepas ini.

JAMBU : Membawakan kisah profesor dan robot ciptaan, ketawa audiens di Studio Finas nampaknya sedikit kurang malam ini. Mereka tidak membawakan jenaka aktif seperti minggu lalu dan yang sebelum-sebelum ini. Apabila saya menonton Yus di pentas, saya teringatkan kata-kata Aziz M Osman semasa Yus membuat persembahan di Gelanggang Akhir Raja Lawak 1, “Kalau mencari pelawak, anda gagal. Tapi kalau mencari clown (badut), anda cemerlang.” Saya cuba untuk lari dari stigma itu, namun gagal. Jambu, usaha lagi untuk memantapkan kumpulan anda. Saya suka persembahan malam ini, tapi gandakan usaha okay!

R2 : Kumpulan R2 berceritakan tentang situasi di pondok bas. Cerita mereka biasa sahaja. Harapnya R2 menggandakan usaha. Mereka mengundi anda masuk, dan anda harus berikan yang terbaik-terbaik-terbaik!

JOZAN : Sketsa di bilik doktor yang dibawakan mereka sangat superb. Saya rasa Jozan mahu menjadi ‘aktif’ seperti Jambu yang sebelum ini mempunyai sketsa ‘aktif’. Permainan lampu mereka membawa kepada kita bersama mereka di dalam sketsa tersebut. Mereka ‘twist’kan terang audiens kepada pemandangan mereka yang gelap, dan pemandangan audiens yang gelap kepada pemandangan mereka yang terang. Tahniah Jozan, mula menyinar kembali nampaknya!

MAN : Juara Raja Lawak 5 yang tersingkir di minggu kelapan ini membawakan kisah Selamat Hari Atuk. Penceritaan yang sebenarnya baik, tetapi kalau digarap mungkin lebih membawa cerita ini lebih dekat kepada penonton. Man, semoga anda berjaya di industri hiburan lawak tanah air.

SEPAH : Kumpulan Sepah tidak pernah mengecewakan. Saya rasa masa yang diperuntukkan tidak cukup untuk membawakan situasi rewang yang sungguh melucukan. Saya rasa Sepah membawa lawak Melayu yang sungguh keMelayuan. Mungkin disebabkan mereka orang Johor yang masih kukuh dengan adat, jadi rewang sambil mengumpat ini satu kelebihan bagi mereka. Tahniah Sepah, teruskan yang terbaik!

BALAS : Lawak double meaning masih lagi berleluasa. Mereka membawakan kisah di zaman persekolahan. Mereka agak nerd minggu ini, dengan botol airnya, dengan beg pink. Teruskan Balas untuk menjadi Maharaja Lawak yang pertama!

Undilah peserta Maharaja Lawak dengan menaip ML<jarak>nama dan hantarkan ke 32999. Kalau nak undi pukal tapi ML<3,5,10><jarak>nama dan hantarkan ke 32999. Undian anda sangat berharga buat mereka.

Video Gelanggang Maharaja Lawak : Minggu Kelapan


p/s : Jom join Fan Page Ceritera Arif! Klik di sini.

 
Leave a comment

Posted by on 21/05/2011 in Revieu

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: