RSS

Gelanggang Maharaja Lawak : Minggu Ketujuh

14 May

(Pandangan saya adalah sekadar apa yang saya lihat, perhati dan nilai. Tiada kaitan dan desakan dari mana-mana pihak untuk reviu ini disiarkan dan saya tidak menyokong mana-mana pihak yang terlibat)

(Video keseluruhan Gelanggang Maharaja Lawak akan disiarkan bersama-sama dengan reviu ini. Terima kasih kepada GuaTVdotCom dan Nazwa69 di Youtube kerana mengupload kesemua video ini)

Assalamualaikum

Jangkaan Amir akan tersingkir untuk minggu ketujuh amatlah menepati ramalan. Setelah 7 minggu ‘kebal’ dalam Maharaja Lawak, markah dari juri, SMS dan undian daripada rakan-rakan seperjuangan dalam Maharaja Lawak tidak menyebelahi Amir untuk terus berada di gelanggang. Tentunya ini telah menyebabkan semua peminat Maharaja Lawak terutamanya di fan page Maharaja Lawak bersuka-sukaan sebab Amir tersingkir.

Namun begitu, Amir dan peserta tersingkir yang lain seperti Alex, Jihan, kumpulan R2, kumpulan Wai dan kumpulan XN3 masih mempunyai peluang bersaing dengan peserta lain setelah undian ML MASUK dibuka. 6 peserta yang tersingkir ini boleh diserap masuk semula dengan undian LIKE gambar di fan page Maharaja Lawak. Undian ini bermula dari hari ini (13 Mei) hingga Rabu (18 Mei).

Untuk membaca Terma dan Syarat ML MASUK, klik di sini. Untuk mengundi ML MASUK, klik di sini. Untuk ke fan page Maharaja Lawak, klik di sini.

Mengenai persembahan di minggu ketujuh, kesemuanya harus diberikan pujian. Tema musical comedy digalas oleh semua peserta dengan baik sekali. Bukan mudah untuk membuat lawak dalam keadaan diam, tetapi kehebatan peserta Maharaja Lawak membuktikan bahawa mereka bukan pelawak stereotype. Saya rasa minggu ini adalah minggu terbaik buat semua.

Bermula dengan persembahan kumpulan Sepah membawakan kisah seorang bomoh dan hantunya. Kumpulan Sepah menghangatkan gelanggang dengan baik dan cemerlang. Tiada masalah bagi kumpulan ini membuat persembahan senyap. Kalau dilihat semasa mereka di Raja Lawak 3, mereka pernah diberikan tugasan yang sama. Bezanya, mereka harus patuh dengan skrip pada pengacara Johan dan Zizan ketika itu.

Amir lebih baik daripada sebelum ini. Amir membawakan kisah seorang penggusti dan pergaduhan. Masih lagi samar-samar lawak yang ingin dibawa sebenarnya, sehinggakan penonton di Studio Finas agak memberi ‘ketawa kesian’ kepada Amir. *Video persembahan Amir bakal menyusul nanti*

Kumpulan Balas meneruskan persembahan mereka. Kali ini, mereka membawakan kisah pergaduhan suami isteri. Jujurnya, baru kali ini saya ketawa melihat kumpulan ini beraksi. Lebih-lebih lagi penggunaan lagu Geli Mat yang sangat berkesan! Saiful Apek yang mengakui tidak yakin kumpulan ini mampu melakukan, terpaksa akur apabila beliau sendiri memuji persembahan mereka kali ini.

Kumpulan Jambu, tak payah cerita mengenai silent comedy. Mereka meraih tepukan dan ketawa yang begitu kuat. Mereka membawakan kisah perenang yang bertanding. Saya suka penggunaan lagu Hawaii Five-O yang sangat kena dengan penceritaan mereka. Terbaik!

Selepas kumpulan Jambu, tiba ke peserta solo Nabil. Nabil membawakan kisah perompak yang melalui saat-saat melarikan diri dari polis. Seriusnya, Nabil agak down sedikit untuk minggu ini. Ahmad Idham pun cakap yang Nabil seperti kurang latihan. Namun begitu, Nabil sangat kreatif dalam mengekspresikan penceritaan yang hendak dibawa.

Kumpulan Jozan meneruskan persembahan di Gelanggang Maharaja Lawak. Mereka membawakan magic show yang kantoi sepanjang masa. Muzik latar sangat membantu mereka menaikkan mood. Saya suka di permulaan persembahan mereka, siap sangkut-sangkut muzik lagi! Kumpulan Jozan membuktikan silent comedy juga mampu mereka bawa dan menampakkan mereka pelawak yang serba boleh.

Man mengakhiri persembahan Gelanggang Maharaja Lawak dengan sketsa lawak zaman Jepun. Dari Man yang menjadi seorang makcik membasuh kain, tiba-tiba join sama berperang. Juri Mamat Khalid beranggapan bahawa lawak Man masih diterima hanya kepada peminat Man sahaja berbanding peserta lain yang jauh lebih internasional. *Video persembahan Man bakal menyusur nanti*

Saya menasihatkan anda supaya TONTON cepat sebelum Astro mengambil tindakan memadam akaun pembekal siri Maharaja Lawak. Mungkin atas isu hakcipta, Astro terpaksa menggunakan kaedah memadam semua siri-siri Maharaja Lawak dari minggu pertama hingga keenam. Tonton segera, atau anda terlepas. Kalau anda rasa nak langgan Mustika, dipersilakan!

Undilah peserta Maharaja Lawak dengan menaip ML<jarak>nama dan hantarkan ke 32999. Kalau nak undi pukal tapi ML<3,5,10><jarak>nama dan hantarkan ke 32999. Undian anda sangat berharga buat mereka.

Video Gelanggang Maharaja Lawak : Minggu Ketujuh


p/s : Jom join Fan Page Ceritera Arif! Klik di sini.

 
Leave a comment

Posted by on 14/05/2011 in Revieu

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: