RSS

HotFM Bersama PM

07 May

Assalamualaikum.

HotFM, radio di bawah naungan Media Prima telah menerima tetamu yang sangat istimewa daripada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Haji Abdul Razak. Kehadiran Datuk Seri Najib adalah daripada jemputan Fara Fauzana di Twitter, yang berbalas dengan persetujuan Datuk Seri Najib untuk hadir pada pagi 6 Mei 2011.

Datuk Seri Najib dilihat sangat selesa dengan sejam bersama penyampai HotFM AM Krew, Fara Fauzana dan Faizal Ismail. Di samping menjawab soalan-soalan peribadi dan soalan mengenai dasar kerajaan, sempat juga Datuk Seri Najib berlawan dam aji bersama Faizal Tahir.

Bagi saya, Perdana Menteri cuba untuk memenangi hati rakyat. Datuk Seri Najib adalah pemimpin yang baik, dan mencuba untuk memuaskan hati rakyat. Suka saya melihat Datuk Seri Najib ketawa di konti, melihatkan Datuk Seri Najib tidak terlalu terikat dengan protokol sebagai seorang pemimpin utama kerajaan.

Saya suka jenaka Datuk Seri Najib mengenai Liverpool, “Man U ada MUTV, Chelsea ada ChelseaTV, Liverpool ada History Channel…” Jenaka ini membuatkan semua yang berada di konti termasuk Kieran dan Faizal Ismail ketawa besar melihat bos mereka, Seelan Paul terkena lawak pedas daripada PM sendiri.

Layan video ini untuk mengetahui soalan-soalan panas dan jawapan-jawapan ekslusif daripada Datuk Seri Najib.

Anda nak download video ini secara keseluruhan di Tonton.com.my ? Klik sini untuk mengetahui caranya.

Gambar ehsan dari laman web HotFM. Klik sini untuk ke laman web HotFM.

p/s : Jom join Fan Page Ceritera Arif! Klik di sini.

 
2 Comments

Posted by on 07/05/2011 in Revieu

 

Tags: , , , , , , , , , ,

2 responses to “HotFM Bersama PM

  1. lala

    09/05/2011 at 1:18 PM

    blog kw x besh langung….

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: