RSS

Gelanggang Maharaja Lawak : Minggu Keenam

07 May

(Pandangan saya adalah sekadar apa yang saya lihat, perhati dan nilai. Tiada kaitan dan desakan dari mana-mana pihak untuk reviu ini disiarkan dan saya tidak menyokong mana-mana pihak yang terlibat)

(Video keseluruhan Gelanggang Maharaja Lawak akan disiarkan bersama-sama dengan reviu ini. Terima kasih kepada GuaTVdotCom dan Nazwa69 di Youtube kerana mengupload kesemua video ini)

Assalamualaikum

Angin satu badan juga bila kumpulan favourite saya, Sepah berada di kedudukan tiga terendah. Bagi saya ada yang sepatutnya lebih rendah menduduki tempat bottom three ini. Namun segalanya bergantung pada pengundi, adakah mereka mengundi ataupun tidak?

Di akhir gelanggang diumumkan tiada penyingkiran untuk minggu ini. 3 yang mendapat undian terendah adalah kumpulan Balas, Man dan Amir. Kejutan baru telahpun disediakan oleh Maharaja Lawak, iaitu peserta hendaklah memilih salah satu peserta lain untuk disingkirkan. Tema untuk minggu hadapan adalah Silent Comedy.

Minggu Keenam menyaksikan pasang surut kesemua peserta. Ada yang lemah terus lemah, ada yang menurun terus menurun, ada yang konsisten.

Minggu ini ingin saya membuat sedikit kelainan. Saya akan komen kesemua persembahan, jadi anda boleh nilaikan sendiri.

Bermula dari kumpulan Balas, saya tak berapa berkenan. Mereka membawakan kisah di sebuah hospital. Lawak double meaning mengenai kanser ‘nasi lemak’ sangat sound direct. Kumpulan Balas seharusnya mengurangkan kontroversi yang boleh menyebabkan peminat mereka naik muak dengan lawak mereka yang selalu double meaning. Lawak mereka biasa-biasa sahaja.

Lawak Jozan untuk persembahan kedua, tiada yang menarik. Mereka membawakan lawak seorang tukang urut dan pelanggan. Serius, mereka seperti hilang hala tuju. Kisah yang mereka bawakan kali ini sangat kurang idea bernas dan tidak sekreatif minggu lepas. Maaf Jozan, tingkatkan lagi.

Amir meneruskan lawak selepas iklan. Bagi saya, Amir akan tersingkir minggu hadapan jika tidak menunjukkan kekuatannya yang tersendiri. Amir yang baru sahaja membuat lawak selama hampir 2 minit, saya dah stop dan tengok persembahan lain. Maaf Amir, sangat lemah!

Selepas Amir, tiba giliran pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008, Nabil. Nabil pada awalnya sangat membosankan. Punchline sangat lemah. Namun, masuk di pertengahan Nabil telah menunjukkan bahawa beliau adalah pakar standup comedy. Beliau hanya bercerita, tidak membuat sketsanya sendiri. Kisah mengenai GPS sangat menghiburkan. Nabil adalah yang terbaik untuk minggu keenam.

Man menghiburkan penonton di Studio Finas dan penonton di rumah dengan lawak Chef Wan yang lebih suka gosip daripada memasak. Saya suka Man minggu ini. Man nampak selesa di atas pentas. Antara lawak yang saya suka adalah, “Dah berpuluh kali pergi Umrah, jambul masih terkeluar lagi!” Sindiran pedas, mungkin bagi orang-orang sebegitu. Tahniah Man kerana bangkit dari tidur, seperti mana yang sama diperkatakan oleh juri Ahmad Idham.

Jambu, saya boleh perkatakan mereka akan menjadi raja untuk Silent Comedy minggu hadapan. Mereka cergas di atas pentas. Lawak mereka biasa, tetapi movement yang sangat lincah membuatkan mereka mendapat tepukan gemuruh. Target saya, minggu hadapan mereka lebih ligat.

Sepah menjadi kumpulan terakhir membuat persembahan. Sepah mungkin nak buat musical comedy, namun sedikit perlahan. Untuk minggu keenam, saya melihat Sepah gagal untuk menyinar. Namun seperti kumpulan Jambu, saya lihat kumpulan Sepah mungkin akan bangkit minggu hadapan.

Undilah peserta Maharaja Lawak dengan menaip ML<jarak>nama dan hantarkan ke 32999. Kalau nak undi pukal tapi ML<3,5,10><jarak>nama dan hantarkan ke 32999. Undian anda sangat berharga buat mereka. Kalau masih belum melanggan pakej Mustika, langganlah segera.

Video Gelanggang Maharaja Lawak : Minggu Keenam

p/s : Jom join Fan Page Ceritera Arif! Klik di sini.

 
1 Comment

Posted by on 07/05/2011 in Revieu

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

One response to “Gelanggang Maharaja Lawak : Minggu Keenam

  1. Ak

    07/05/2011 at 8:20 PM

    Man pon wat lwk double meaning jugak
    Dh terikut balas
    Kalau x caye tngk balek video die

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: