RSS

Gelanggang Maharaja Lawak : Minggu Kelima

30 Apr

(Pandangan saya adalah sekadar apa yang saya lihat, perhati dan nilai. Tiada kaitan dan desakan dari mana-mana pihak untuk reviu ini disiarkan dan saya tidak menyokong mana-mana pihak yang terlibat)

(Video keseluruhan Gelanggang Maharaja Lawak akan disiarkan bersama-sama dengan reviu ini. Terima kasih kepada GuaTVdotCom dan Nazwa69 di Youtube kerana mengupload kesemua video ini)

Assalamualaikum.

Persembahan yang sedikit menurun berbanding minggu lepas.

Itu yang boleh saya perkatakan untuk Gelanggang Maharaja Lawak minggu kelima ini. Bukan hambar, tetapi momentum kelapan-lapan peserta nampaknya sedikit menurun. Ada yang konsisten lemah, dari terbaik menurun sedikit dan ada yang meningkat minggu lepas tetapi menurun di minggu ini. Konsisten lemah yang ditunjukkan oleh Jihan menyebabkan Jihan tersingkir dan Maharaja Lawak tiada lagi peserta perempuan.

Peserta yang akan meneruskan perjuangan merebut kuasa Maharaja Lawak adalah Amir, Man, Nabil, kumpulan Balas, Sepah, Jozan dan Jambu.

Pandangan saya untuk minggu ini, mungkin sama seperti minggu lalu. Saya memilih Jozan, Sepah dan mungkin Jambu. Ketiga-tiga kumpulan ini sebenarnya agak menurun sedikit daripada minggu lepas, tetapi lawak mereka masih boleh diberikan pujian.

Jozan membawakan kisah pergelutan antara penarik kereta dan tuan punya kereta. Jozan kelihatan seperti berdrama, tidak lagi berlawak di atas pentas. Bagi saya, ada baik dan ada buruknya berdrama di atas pentas. Baiknya, mereka menonjolkan watak mereka boleh memegang watak yang pelbagai. Buruknya, mereka sedang berada di gelanggang lawak, bukan gelanggang Anak Wayang! Namun begitu, humor yang Jozan berikan amat baik walaupun kurang sedikit berbanding minggu lalu.

Sepah, turut menurun sedikit persembahannya. Kali ini, mereka membawakan kisah sambungan daripada rompakan mereka minggu lalu. Saranan Ahmad Idham supaya Jep menjadi ‘bahan’ mungkin tidak kesampaian minggu ini kerana mungkin Jep lebih sesuai ‘membunuh’ Mamat dan Shuib dalam pentas lawak. Saiful Apek selaku juri juga memberikan pujian. Sempat juga pengacara, AC Mizal mengucapkan tahniah kerana Shuib bakal menimang cahayamata pertamanya.

Jambu juga bagi saya lebih baik minggu ini. Namun, baju pink yang selalu dipakai mungkin tak sesuai untuk persembahan sepanjang minggu. Penonton tahu kumpulan ini dengan trademark Muka Legand Hati Cute, tapi tak perlu rasanya untuk pink sepanjang masa. Kumpulan ini membawakan kisah seorang emcee mengacarakan acara dengan menjemput seorang penyanyi karaoke. Lega hati bila tiada lagi perkara songsang dalam sketsa mereka.

Nabil, maaf kerana minggu ini anda kurang menjadi. Nabil membawakan kisah menjadi seorang detektif. Mungkin meniru suara Detektif Conan tidak sesuai rasanya. Nabil ada potensi untuk menang, jadi rasanya pertingkatkan lawak anda untuk minggu hadapan.

Minggu lepas saya puji. Namun minggu ini Amir menurun dari aspek persembahan. Meraba-raba lagi apa yang perlu dilakukan di atas pentas. Maaf, Amir. Kalau tidak konsisten bagus, anda akan tersingkir.

AC Mizal kelihatan kurang mengganggu persembahan peserta untuk minggu ini. Tahniah AC. Saya harap teguran satu Malaysia yang sama perasan tentang masalah ini diterima dengan hati yang penuh terbuka. Saya percaya AC seorang pengacara yang telah lama dan senior, jadi tiada masalah untuk menerima teguran daripada semua pihak.

Undilah peserta Maharaja Lawak dengan menaip ML<jarak>nama dan hantarkan ke 32999. Kalau nak undi pukal tapi ML<3,5,10><jarak>nama dan hantarkan ke 32999. Undian anda sangat berharga buat mereka. Kalau masih belum melanggan pakej Mustika, langganlah segera. Lagi lima minggu, sempat rasanya nak beli pakej Mustika.🙂

Video Gelanggang Maharaja Lawak : Minggu Kelima


Pendapat anda…

p/s : Jom join Fan Page Ceritera Arif! Klik di sini.

 
Leave a comment

Posted by on 30/04/2011 in Revieu

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: