RSS

Gelanggang Maharaja Lawak : Minggu Keempat

23 Apr

(Pandangan saya adalah sekadar apa yang saya lihat, perhati dan nilai. Tiada kaitan dan desakan dari mana-mana pihak untuk reviu ini disiarkan dan saya tidak menyokong mana-mana pihak yang terlibat)

(Mulai minggu ini, video keseluruhan Gelanggang Maharaja Lawak akan disiarkan bersama-sama dengan reviu ini. Terima kasih kepada GuaTVdotCom dan Nazwa69 di Youtube kerana mengupload kesemua video ini)

Assalamualaikum.

Gelanggang Maharaja Lawak Minggu Keempat menyaksikan peserta solo, Alex terpaksa meninggalkan 8 peserta lain. Kumpulan Jozan, Sepah, Jambu, Balas dan peserta solo Nabil, Amir, Jihan, dan Man bakal meneruskan perjalanan memburu gelaran Maharaja Lawak pertama. Tahniah bagi yang tidak tersingkir, dan kepada Alex anda telah menjalankan tugas berlawak dengan baik.

Minggu keempat secara keseluruhannya adalah minggu yang terbaik jika dibandingkan dengan tiga minggu yang lepas. Kesemua sembilan peserta mampu membuatkan ramai penonton di studio dan di rumah yang melanggan pakej Mustika ketawa terbahak-bahak. Jika tiga minggu yang lalu, ada yang langsung tak lawak tetapi minggu ini kesemuanya memberikan persembahan yang terbaik.

Tiga nama yang masih lagi sama seperti minggu lalu, saya puji. Kumpulan Jozan , kumpulan Sepah dan Nabil. Ada sebab mengapa saya teramat meminati tiga kumpulan ini. Bukan saya puji kosong, tetapi pujian harus diberikan atas kebijaksaan berlawak dan sejauh mana mereka dapat memberikan audiens ketawa selama 4 minit.

Kumpulan Jozan, saya puji berdasarkan kreativiti mereka. Mereka membawakan satu situasi soal siasat polis mencuri tabung masjid. Permainan lampu semasa persembahan mereka sangat menjadi. Johan dan Zizan mampu membawakan karektor lawak mereka sehingga ke akhir segmen mereka.

Kumpulan Sepah, mereka konsisten dan tidak menghampakan. Ahmad Idham juga bersetuju. Mereka membawakan kisah seorang anak peguam yang diculik oleh dua penculik. Mereka menggunakan komen juri supaya tidak statik di satu-satu tempat sahaja, dan pergerakan mereka agak lincah seperti minggu komedi muzikal yang lalu.

Nabil juga kreatif. Bagaimana Nabil boleh menggunakan satu mesin masa yang diciptanya sendiri untuk ke zaman silam. Lucunya, dia hanya ke ‘zaman silam’ pada 5 minit yang lalu sahaja! Penggunaan payung konon-kononnya mengkhayalkan penonton sangat dipuji.

Peratusan undian selepas undian dibuka

Semasa undian dibuka semula selepas tamatnya Gelanggang Maharaja Lawak, kumpulan Jambu berada di tempat pertama. Mengapa saya tak kata kumpulan Jambu bagus ? Maaf saya katakan, kalau sekiranya watak seorang pondan, maknyah, bapuk terlalu digunakan orang akan jadi muak dan menyampah. Saya cukup menyampah dengan lawak ‘cinta sejenis’. Biarlah kita buat lawak yang natural, bukan nak tiru kelemahan dan keburukan orang lain. Saya takut penonton ketawa kerana melihat kebodohan dan kehodohan kita di atas pentas.

Saya kali ini dengan bangganya memuji Amir. Amir mempunyai perubahan yang agak ketara jika dibandingkan pada zaman dia di Raja Lawak dan pada tiga minggu yang lalu di Maharaja Lawak. Amir membawakan kisah superhero yang datang minta kerja daripadanya. Karikatur juri-juri Maharaja Lawak yang Amir gunakan amat baik dan membantu. Jika Amir terus tingkatkan mutu persembahan, sekurang-kurangnya dia tidak malu tersingkir keluar kerana dia telah menjalankan tugasnya dengan baik.

Mungkin AC Mizal tak baca revieu saya minggu lepas. Saya cukup tak suka AC masuk terlalu cepat sehingga mengganggu persembahan peserta. AC, tolonglah hormati mereka dengan memberikan ruang kepada mereka menghabiskan task mereka. Mereka tidak mempunyai masa untuk beraksi, jadi berikan mereka masa dan ruang yang cukup.

Anda dah langgan pakej Mustika ? Tahniah kalau sudah, kalau belum bolehlah langgan pakej Mustika dengan harga RM12.95 sebulan. Tiga saluran dengan satu pakej hebat, katanya. Dan undi juga peserta kegemaran, jangan sampai peserta kegemaran tersingkir!

Video Gelanggang Maharaja Lawak : Minggu Keempat

p/s : Jom join Fan Page Ceritera Arif! Klik di sini.

 
1 Comment

Posted by on 23/04/2011 in Revieu

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

One response to “Gelanggang Maharaja Lawak : Minggu Keempat

  1. lelakibujang

    23/04/2011 at 7:13 PM

    sy sependapat dgn anda…

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: