RSS

Lot.my – Malaysia ECommerce Domain

20 Apr

Lot.my , Malaysia ECommerce Domain

Zaman berputar begitu pantas mengikut peredaran masa. Kalau diputarkan sejarah lalu, secara asasnya kita akan membeli barangan dengan pergi ke kedai, pilih dan bayar di kaunter. Namun segalanya berubah apabila perniagaan internet telah mengambil alih jual beli tradisional. Maka pada tahun 1995, lahirlah laman web eBay yang menjadi popular dalam urusan jual beli dalam talian.

Dengan perkembangan yang sangat pesat ini, ramai pembangun laman web perniagaan dalam negara mulai berani untuk memasarkan barangan mereka. Nama-nama seperti Lelong.com.my dan Mudah.com adalah antara contoh-contoh laman web perniagaan yang popular di Malaysia.

Apakah Lot.my?

Lot.my adalah sebuah laman web perniagaan yang membolehkan anda membangunkan sendiri kedai dalam talian. Lot.my telah diwujudkan pada tahun 2010, dan terdapat lebih 6,000 kedai aktif di bawah laman web mereka. Walaupun setahun jagung mereka di dalam arus media ini, namun mereka telah mendapat pengiktirafan dalam NEF-Awani ICT Awards 2010 dalam kategori Best New Media Application.

Dengan pendaftaran yang tidak sampai 2 minit, anda boleh terus menjual barangan anda dengan mudah dengan Pelan Basic. Untuk pelan permulaan ini, anda boleh menambah sehingga empat barangan dan satu kategori jualan. Menariknya, anda akan mendapat domain anda sendiri di bawah Lot.my dengan nama.lot.my . 

Bagi anda yang serius untuk menjual barangan secara online ini boleh menaiktaraf pelan anda ke Pelan Premium. Harga yang ditawarkan amat berbaloi-baloi kepada anda, iaitu RM39.90 sebulan atau RM399.00 setahun. Anda boleh membayar secara bulanan atau tahunan menerusi PayPal. Berbaloi bukan?

Contoh-contoh template yang terdapat dalam Lot.my

Menurut pemerhatian penulis, Lot.my adalah aplikasi untuk membangunkan kedai online yang sangat sesuai kepada semua peniaga amatur dan professional yang mula untuk berjinak-jinak dengan perniagaan secara maya. Antara sebabnya adalah :

MURAH : Seperti yang telah dijelaskan di atas, secara permulaan peniaga boleh mula menjual barangan mereka sebaik sahaja mereka mendaftar di Lot.my dengan Pakej Basic TANPA yuran pendaftaran. Pelan Premium dengan harga RM39.90 sebulan atau RM399.90 setahun juga sangat berpatutan dengan peniaga baru.

MESRA PENGGUNA : Masih ramai yang tidak yakin untuk membeli secara maya kerana pembeli tidak yakin dengan sistem jual beli secara online ini. Dengan menggunakan Lot.my, template yang anda gunakan sangat mudah untuk digunakan oleh pembeli-pembeli dan lebih meyakinkan pengguna. Selain itu, pengguna boleh membayar menggunakan Maybank2U dan CIMB Click selain menggunakan cara manual dan PayPal.

MUDAH URUS : Anda tidak perlu mempunyai kepakaran dalam bidang IT untuk membangunkan kedai dalam talian anda sendiri. Bahagian Panel Admin sangat mudah untuk dikendalikan dan tidak menyerabutkan kepala anda. Sebaik sahaja anda mendaftar, anda hanya perlu memasukkan data barangan anda seperti harga dan informasi tentang barangan yang anda jual, letakkan gambar dan anda boleh terus boleh jual online ! Mudah bukan ?

MUDAH TADBIR : Anda boleh membuat rumusan (summary) jualan anda dengan hanya satu klik. Hanya ke Sales di bahagian Dashboard Panel Admin dan klik Sales Report. Anda akan dapat melihat urusan jual beli yang berlaku dengan mudah dan anda boleh membuat tapisan (filter) tarikh dan status jualan sama ada berjaya, batal dan sebagainya. Anda juga dapat melihat senarai pembeli barangan anda, laporan produk yang dilihat dan sebagainya.

KESELAMATAN : Tidak perlu risau dengan keselamatan transaksi kerana kawalan sekuriti Lot.my yang tinggi dan tidak meragukan. Panel Admin juga tidak mudah untuk diceroboh oleh orang lain.

Kesimpulannya, Lot.my merupakan satu aplikasi yang sangat berguna buat penjual yang mahu mencuba untuk menjual barangan mereka di alam maya. Dengan pasaran jualan menggunakan sistem e-dagang yang sangat menguntungkan dan semakin menjadi perhatian ramai, menggunakan aplikasi Lot.my untuk memasarkan jualan adalah sangat bertepatan dengan masanya.

Peraduan iPad 4 Bloggerz Lot.my – Hantar Satu Penyertaan , Dapat Empat Peluang Untuk Menang!

Sempena ulangtahun pertama Lot.my, mereka telah menganjurkan satu pertandingan iaitu Peraduan iPad 4 Bloggerz Lot.my. Pertandingan ini bermula dari 1 Mac hingga 31 Mei 2011. Hadiah-hadiah yang bakal menanti pemenang sangat lumayan, iaitu Apple iPad 16GB dan pelbagai hadiah lumayan yang lain.

Bagaimana untuk sertai ? Mudah saja!

Hanya tuliskan satu artikel di blog mengenai Lot.my, hebahkan di Facebook dan Twitter, letakkan widget Lot.my di laman web dan isi borang penyertaan. Mudah kan?

Menariknya tentang pertandingan ini adalah anda boleh mendapat bukan satu, dua… tetapi EMPAT peluang untuk menang! Empat kategori dalam pertandingan ini adalah Hot Bloggerz , Random Bloggerz Bulan Mac, Random Bloggerz Bulan April dan Random Bloggerz Bulan Mei.

Apa tunggu lagi kawan-kawan? Lebih cepat anda sertai, lebih cepatlah peluang anda untuk menang. Layari lot.my/contest untuk keterangan lanjut!🙂

Kata CA : Nak menang iPad… please~

p/s : Jom join Fan Page Ceritera Arif! Klik di sini.

 
1 Comment

Posted by on 20/04/2011 in Artikel

 

Tags: , , , , , ,

One response to “Lot.my – Malaysia ECommerce Domain

  1. GambarMelayu

    10/07/2011 at 1:06 AM

    Aku bercadang nak jual domain [B]GambarMelayu(.)Com[/B]

    [B]Statistik[/B]
    Google Backlinks: 17,900
    Yahoo Backlinks: 134s
    Bing Backlinks: 663,000

    Harga Minimum adalah [B]RM200[/B] (tawaran yang paling tinggi akan berjaya memiliki domain ini)

    MEMANG BERBALOI (Apa yang anda akan dapat)
    1. Domain GambarMelayu(.)com
    2. Berserta dengan content (tak payah susah2 buat blog dah.. kitorang bg korang skali posting2 semua skali)
    3. Sebuah website yang lengkap (boleh masuk gambarmelayu(.)com untuk tgk)
    4. bagi sesiapa yang buat duit internet tu.. just letak jer iklan2 kat web tu.. pasti laris (traffic memang meletop)

    APA TUNGGU LAGI..kalo berminat. sila hubungi saya melalui forum ini @ email ke gambarmelayu@yahoo.com

    [B]RM200 je.. berbaloi kot..[/B]

    sebarang pertanyaan.. sila email ke gambarmelayu@yahoo.com

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: