RSS

Gelanggang Maharaja Lawak : Minggu Ketiga

16 Apr

(Pandangan saya adalah sekadar apa yang saya lihat, perhati dan nilai. Tiada kaitan dan desakan dari mana-mana pihak untuk reviu ini disiarkan dan saya tidak menyokong mana-mana pihak yang terlibat)

(Mulai minggu ini, video keseluruhan Gelanggang Maharaja Lawak akan disiarkan bersama-sama dengan reviu ini. Terima kasih kepada GuaTVdotCom dan Nazwa69 di Youtube kerana mengupload kesemua video ini)

Bukan satu, tetapi dua kumpulan yang tersingkir. Itu keputusan yang perlu diterima oleh Kumpulan Wai dan Kumpulan XN3 kerana mereka berada di kedudukan paling rapuh minggu lalu. Tiada yang perlu disimpatikan sebenarnya, kerana sepanjang 2 minggu tanpa penyingkiran persembahan Wai dan XN3 sangat hambar dan mendukacitakan. Keputusan mengeluarkan Wai dan XN3 diumumkan oleh juri tetap, Ahmad Idham. Ada simpati dari pengacara, AC Mizal untuk menggunakan imuniti kerana baru 2 minggu mereka di atas pentas. Namun, juri merasakan imuniti tidak diperlukan pada masa ini. Keputusan ini sangat tepat, dan seharusnya semua menghormatinya.

Persembahan kali kedua daripada Usop Wilcha sekali lagi mengundang gelak tawa. Kali ini, Usop menggunakan suaranya yang merdu menyanyikan sebuah lagu. Semua di dalam studio, dan di luar studio bertepuk tangan mengikuti irama lagu yang dinyanyikan oleh pemilik nama Shy8 ini. Bagi yang tak tahu, Shy8 dahulunya seorang penyanyi yang terkenal dengan lagu Terasing di Bumi Sendiri. Sedap sangat Shy8 nyanyi .🙂

Minggu ini, para peserta diberikan tema Musical Comedy. Secara keseluruhannya, semuanya menunjukkan peningkatan yang sangat memberangsangkan. Mungkin peserta perlu ada tema, baru nampak halatuju lawak mereka. Pujian harus diberikan kepada Nabil, Sepah dan Jozan. Nampak mereka sangat konsisten.

Nabil minggu ini perlu diberikan pujian kerana persembahan yang ‘out of box’. Nabil membawakan kisah seorang pelayan restoran yang tak berpuas hati dengan majikannya. Bagaimana Nabil boleh mengaplikasikan lalat dalam persembahannya adalah satu perkara yang sangat menarik untuk ditonton. Walaupun Nabil menggunakan lagu yang masih baru iaitu Bruno Mars, Grenade namun Nabil berjaya mengubah lirik menjadi satu lirik yang lawak dan bersahaja.

Sepah juga konsisten dalam persembahan mereka. Sepah membawakan kisah cinta tiga segi. Bayangkan sendiri macam mana Shuib pakai baju perempuan, pakai rambut palsu. Keserasian antara mereka membuatkan persembahan menjadi sangat baik dan boleh dipuji.

Jozan, tak perlu nak diperkatakan kalau disuruh menyanyi. Masa Raja Lawak pun mereka telah puas menyanyi. Mereka seperti tidak membuat persembahan, tetapi seperti membuat konsert sendiri. Mereka membawakan kisah teman wanita yang menipu. Seleksi lagu cukup banyak dipilih oleh mereka, dan kena pada masa. Juri Mamat Khalid menyifatkan persembahan ini adalah persembahan terbaik sepanjang mereka di Maharaja Lawak.

Bagi yang lain-lain juga, mereka telah melakukan yang terbaik. Dari peserta pertama, kumpulan Balas yang membawakan kisah pasangan suami isteri hingga ke kumpulan Jozan yang menjadi peserta terakhir penonton cukup terhibur dengan persembahan mereka. Mungkin Amir sahaja yang ada masalah, iaitu suka-suka hati nak menyanyi out of tune! Ketiga-tiga juri ketawa kerana tune lari yang dinyanyikan Amir.

Cuma satu perkara yang paling tak diminati adalah pengacara AC Mizal. Rasanya biarlah peserta menyiapkan task mereka, barulah AC masuk untuk meminta komen daripada juri. Tak perlu interframe, menyemak dalam setiap persembahan peserta Maharaja Lawak.

Persembahan daripada juri sangat menarik. Dicabar oleh Sepah, memang disahut oleh mereka. Tabik kepada otai!🙂

Keputusan menyingkiran kumpulan R2 di akhir rancangan adalah suatu kejutan. Sedangkan ada yang lebih teruk dari mereka. Kumpulan R2 dilihat hilang rentak dalam gelanggang kali ini. Ramai di Fan Page Maharaja Lawak tidak bersetuju dengan keputusan ini. Namun, perlu diingat kerana keputusan ini 50 peratus daripada juri dan 50 peratus dari SMS.

Teruskan mengundi peserta kegemaran anda. Kalau anda rasa anda nak langgan pakej Mustika sekarang, bolehlah buat. Kalau tak nak, macam biasa… Ada alternatif lain!🙂

Video Gelanggang Maharaja Lawak : Minggu Ketiga


p/s : Jom join Fan Page Ceritera Arif! Klik di sini.

 
Leave a comment

Posted by on 16/04/2011 in Revieu

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: