RSS

Gelanggang Maharaja Lawak : Minggu Kedua

09 Apr

(Pandangan saya adalah sekadar apa yang saya lihat, perhati dan nilai. Tiada kaitan dan desakan dari mana-mana pihak untuk reviu ini disiarkan dan saya tidak menyokong mana-mana pihak yang terlibat)

Assalamualaikum

Minggu kedua Maharaja Lawak, bagi saya mengalami sedikit peningkatan berbanding minggu lalu. Walaupun masih lagi ada peserta individu dan berkumpulan yang tidak menunjukkan peningkatan, namun satu dua individu dan kumpulan yang ‘harus ke final’ telah menunjukkan peningkatan yang amat baik.

Permulaan Gelanggang Maharaja Lawak dimulakan dengan gimik pelawak, penyanyi dan pelakon Hantu Kak Limah Balik Rumah, Usop Wilcha. Ternyata, Usop mempunyai peminat yang sangat ramai di Studio Finas sehingga ramai yang bersorak dan ketawa. Tidak dinafikan Usop Wilcha memang ramai peminatnya sehinggakan ada fanpage Usop Wilcha yang glamour di pentas Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 yang sudah mencapai 30,000 peminat.

Secara keseluruhannya, ada yang mengalami konsistensi bagus, ada yang meningkat dan ada juga yang konsistensi teruk. Empat nama yang boleh diberikan pujian adalah Sepah, Nabil, Jozan, dan Jambu. Sepah, mengalami konsistensi bagus yang amat baik. Minggu ini mereka membawakan kisah tiga orang yang masuk ke dalam penjara. Apa kesalahan mereka, bagaimana mereka boleh masuk ke dalam penjara. Dalam ruang lingkup persoalan mereka, mereka dapat membuatkan penonton di studio dan di rumah ketawa sehingga ke minit terakhir.

Nabil juga menunjukkan konsistensi yang amat baik. Nabil minggu ini membawakan kisah seorang penjual kalender. Bagi yang mengikuti Gelanggang Maharaja Lawak minggu lalu, kali ini Nabil menyambung kisahnya yang tak sempat untuk dihabiskan pada minggu lepas. Props Nabil amat membantu iaitu suatu alat gabungan pemetik api dan penyembur. Saiful Apek dalam komennya mengatakan “lebih baik bawa props daripada bawa satu geng naik atas pentas.”

Peminat kumpulan favourite Maharaja Lawak, Jozan boleh tersenyum kerana Jozan telah menunjukkan peningkatan yang amat baik. Jozan membawakan kisah anak beranak, Syamsul Yusuf dan Yusuf Haslam. Kehebatan mengajuk Johan dan Zizan tidak perlu dipertikaikan lagi, kerana mereka telah banyak mengajuk ramai artis sebelum ini. Jamal Abdillah, Aznil Haji Nawawi dan ramai lagi artis yang telah menjadi bahan usikan mereka. Namun begitu, sedikit terasa yang lawak-lawak mereka boleh dibaca oleh penonton. Pattern lawak mereka agak mudah untuk dihidu oleh penonton, mungkin kerana mereka telah menjadi pengacara Raja Lawak selama 4 musim dan lawak mereka agak sama seperti mereka mengacarakan rancangan itu.

Kumpulan Jambu, ermmm susah saya nak cakap. Bagi saya kumpulan Jambu biasa sahaja. Namun pengguna hashtag Twitter #MaharajaLawak memuji kumpulan Jambu dengan mengatakan bahawa kumpulan ini adalah kumpulan yang terbaik pada minggu ini. Pada saya, kekuatan kumpulan ini adalah kerana lawak mereka adalah lawak aktif. Mereka bergerak dengan agak aktif dan agresif. Permainan mimik muka mereka amat baik dan tidak dinafikan lawak-lawak mereka juga mudah ‘hadam’ oleh penonton.

Pada masa Gelanggang ini dibuka, pengacara AC Mizal telah diusik mengenai gelang magnetiknya. Perkara ini sebenarnya sudah bangkit di minggu pertama, tapi minggu ini peserta lebih agresif untuk mengusik AC. Panas punggung juga dibuatnya, namun AC amat professional dan tidak melenting.

Pada masa pengumuman peserta bottom 5, saya dah boleh mengagak siapa yang bakal naik ke pentas. Wai, Man, Amir, Jihan dan XN3 telah menjadi mangsa undian SMS. Namun, yang lebih memberikan penonton Maharaja Lawak lebih kecewa dan marah adalah kerana tiada peserta yang tersingkir dan keputusan penyingkiran dibawa pada minggu hadapan di Astro Warna. Bagi saya, tak perlu nak marah-marah sebab Astro memang suka cari duit🙂

Gelanggang minggu ketiga akan disiarkan di Astro Warna dalam pakej Mustika. Bagi yang masih mahu terus melihat peserta kesayangan, boleh langgan pakej Mustika. Kalau tak nak, anda sendiri pun tahu macam mana nak cari kan?🙂

p/s : Jom join Fan Page Ceritera Arif! Klik di sini.

 
Leave a comment

Posted by on 09/04/2011 in Revieu

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: