RSS

Gelanggang Maharaja Lawak : Minggu Pertama

04 Apr

(Pandangan saya adalah sekadar apa yang saya lihat, perhati dan nilai. Tiada kaitan dan desakan dari mana-mana pihak untuk reviu ini disiarkan dan saya tidak menyokong mana-mana pihak yang terlibat)

Assalamualaikum.

Maharaja Lawak merupakan satu program baru di Astro yang menampilkan kesemua finalis akhir Raja Lawak 1 hingga Raja Lawak 5. Mereka bebas untuk bergerak secara kumpulan dan solo, di mana ada juga yang solo bergabung dengan peserta solo dan peserta solo bergabung dengan peserta berkumpulan . Peserta yang menyertai Maharaja Lawak adalah Alex , Kumpulan Balas , Amir , Kumpulan Jambu ( Yus dan Tauke) , Jihan , Man , Wai ( Kumpulan Kecik dan Idlan ) , Kumpulan XN3 , Jozan (Johan dan Zizan) , Nabil , Kumpulan R2 dan Kumpulan Sepah .

Gelanggang Maharaja Lawak yang pertama telah diadakan pada 1 April 2011 yang lalu. Gelanggang ini dapat ditonton melalui Astro Warna dan Astro Prima (hanya dua minggu sahaja). Untuk terus menonton Gelanggang Maharaja Lawak, anda perlu melanggan pakej Mustika. Format pertandingan sedikit berbeza berbanding Raja Lawak. Markah diambil daripada 50 peratus undian SMS dan 50 peratus daripada juri. Rancangan ini dipengacarakan oleh AC Mizal.

Permulaan Gelanggang dimulakan dengan memperkenalkan peserta Maharaja Lawak dan juri-juri pertandingan ini. Tiga juri yang memang otai dalam bidang lawak iaitu Ahmad Idham , Mamat Khalid dan Saiful Apek telah diumumkan.

 

 

Bagi minggu yang pertama, saya tabik kepada dua peserta iaitu Sepah, dan R2. Dua kumpulan ini, bagi saya telah melaksanakan ‘tanggungjawab’ memberi orang ketawa yang baik. Sepah, membawa lawak berada di hospital manakala R2 membawakan lawak anak murid bersama guru. Lawak Sepah dan R2 walaupun recycle telah dibawakan dengan baik sekali. Mereka membuatkan tahap ketawa daripada rendah kepada tahap tinggi. Inilah yang penonton mahukan.

Peserta yang lain, semuanya di tahap biasa. Malang bagi Amir, mungkin dia tidak pernah berubah mempelajari seni lawak itu sendiri. Dia masih lagi berada di takuk lama. Kami mahukan lawak, Amir. Bukan bercerita seperti apa yang anda buat di Raja Lawak 3 !

Bagi saya, pelawak harus memberi lawak bertubi-tubi kepada penonton, tidak mengambil pendekatan ‘slow and steady’ lagi kerana anda telah berada dalam industri lawak dan telah berpengalaman dalam memberikan audiens pecah perut setelah 2, 3, 4 musim Raja Lawak ke udara. Jozan dan Nabil, peserta berpotensi memenangi pertandingan juga sedikit menghampakan. Johan dan Zizan tak dinafikan sangat lawak, saya sendiri pun minat kumpulan ini. Namun, mereka tidak memberi sepenuhnya lawak mereka sehingga ditegur oleh juri, Mamat Khalid. Peserta yang lain harus beri-beri-beri , tidak boleh berada dalam keadaan selesa lagi.

Tiada penyingkiran minggu ini adalah kejutan biasa. Tiada yang lebih luar biasa daripada tidak tersingkir. Jadi, seharusnya mereka mengambil pendekatan muhasabah diri mereka, adakah mereka sudah lawak untuk dipamerkan kepada penonton. Penonton mahukan persembahan yang lebih baik untuk minggu kedua.

p/s : Jom join Fan Page Ceritera Arif! Klik di sini.

 
Leave a comment

Posted by on 04/04/2011 in Revieu

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: