RSS

Peraduan Saya Dan Nasyid

15 Feb

Assalamualaikum.

Anda peminat tegar nasyid ? Nak berkongsi cerita anda mengenai nasyid bersama seluruh peminat nasyid Malaysia ? Kreatif menggunakan video, animasi dan slideshow ?

Cantiklah tu! Jom sertai Peraduan Saya Dan Nasyid anjuran Munsyeed.com.

 

munsyeed(dot)com , penganjur utama Peraduan Saya dan Nasyid

 

Peraduan ini memberi peluang kepada peminat nasyid untuk berkongsi apa jua cerita ataupun pengalaman yang berkaitan dengan nasyid dalam kehidupan mereka.

Mungkin ada di kalangan anda yang…

  • Masuk Islam setelah terkesan dengan bait-bait indah lagu nasyid tertentu.
  • Berubah menjadi baik setelah mendengar lagu nasyid tertentu.
  • Termotivasi setelah bertemu dengan artis nasyid tertentu.
  • Dapat menjana pendapatan setelah dibantu oleh artis nasyid.
  • Mendapat inspirasi dari lagu nasyid setelah hampir putus asa dalam diri.
  • Berpeluang bergambar dengan artis nasyid.
  • Dapat sertai fan club nasyid dan terkesan dengan ukhwah fillahnya.
  • Berpeluang dukung anak artis nasyid
  • Dapat naik kereta dengan artis nasyid
  • Mempunyai cerita disebalik sesebuah album nasyid
  • dan sebagainya yang anda rasa relevan untuk dikongsikan bersama.

Bagaimana pertandingan ini diadili ? Pemenang akan dikira melalui berapa banyak like karya anda di Facebook. Ada lima kategori pertandingan, iaitu tempat pertama, kedua, ketiga, hadiah kreatif dan hadiah pilihan artis nasyid. Kategori tempat pertama, kedua dan ketiga dinilai melalui like yang pertama terbanyak, kedua terbanyak, dan ketiga terbanyak. Hadiah kreatif dinilai melalui pilihan juri. Kategori hadiah pilihan artis nasyid dinilai melalui karya yang paling banyak di’like’ dan di komen oleh artis nasyid.

Nak hantar dalam bentuk apa ? Hasilkan karya dalam bentuk artikel, cerita, lirik lagu, point pendek, slide show, video atau lain-lain media mengikut kreativiti anda sendiri. Harus diingat, pertandingan ini akan dinilai oleh pengguna Facebook amnya dan peminat Munsyeed.com khususnya. Jadi, hasilkan karya anda mengikut kesesuaian di Facebook.

Hantarkan karya anda beserta nama penuh, nama di Facebook, alamat dan nombor telefon ke email munsyeed@gmail.com atau message via Facebook (cari Munsyeed Crews). Tarikh pertandingan bermula hari ini sehingga 15 Mac 2011, jam 11.59 malam.

Syarat-syarat pertandingan dan keterangan lanjut, rujuk di sini. Bersama kita memartabatkan nasyid Malaysia!

p/s : Jom join Fan Page Ceritera Arif! Klik di sini.

 
1 Comment

Posted by on 15/02/2011 in Berita

 

Tags: , , , ,

One response to “Peraduan Saya Dan Nasyid

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: