RSS

Pesanan Buat Penonton Maher Zain Live in Concert

14 Feb

Assalamualaikum.

Kurang dua minggu lagi kita akan menerima tetamu istimewa yang kita kasihi, Akhi Maher Zain yang akan mengadakan Maher Zain Live in Concert di Stadium Malawati Shah Alam. Kami rakyat Malaysia mengucapkan Ahlan Wasahlan Wamarhaban kepada Akhi, moga Allah memberikan keberkatan kepada Akhi dan juga seluruhnya. Amin.

 

Pastinya konsert ini akan menjadi kenangan terindah kepada seluruh penonton yang bakal menghadirinya, kerana konsert ini diadakan dalam satu skala yang besar. Akhi Maher Zain sendiri mengakui bahawa Malaysia telah menjadi ‘second home’ kerana peminatnya yang cukup ramai sehinggakan Fan Page Maher Zain di Facebook sendiri pun sudah menjangkau lebih lima ratus ribu. Tahniah kepada seluruh peminatnya, termasuk saya sendiri.

Cuma, insiden pada Showcase Save The Soul yang berlangsung di Shah Alam sedikit masa lalu mencacatkan keadaan. Bukan kerana pengurusan Showcase yang tidak baik, tetapi mengenai penonton yang bersorak bagai nak gila melihat Akhi Maher menyanyi di hadapan. Perkara ini telah menjadi bahan cerita sehingga ditulis di laman web Islamik terkenal Malaysia, ILuvIslam. Klik di sini untuk membaca berita tersebut.

Jadi, apabila untuk Maher Zain Live in Concert yang bakal berlangsung, mohon semua penonton agar menjadikan konsert ini bersih dari sorakan yang menunjukkan kita seorang yang ‘kemaruk’ dengan hiburan. Jadikan konsert ini adalah konsert yang memuji Nabi, mengambil inspirasi dari Akhi Maher Zain, dan menjadikan diri kita lebih baik dengan mesej-mesej lagunya.

Tidak perlulah melonjak-lonjak kesukaan, menjerit histeria (mungkin kerana Akhi Maher Zain yang kacak) , sebab Akhi juga insan biasa seperti kita. Kita boleh jadikan Akhi sebagai idola, tapi tak perlulah menjadi obses kepada Akhi. Maafkan saya kalau anda rasa obses itu dibolehkan kepada seorang insan bernama Maher Zain, tetapi hakikatnya dia juga insan biasa.🙂

Semoga Allah Taala memberikan kita kekuatan untuk melaksanakannya. Amin.🙂

p/s : Saya bakal hadir 26hb Februari ini. Nak sangat jumpa Akhi.🙂

p/s : Jom join Fan Page Ceritera Arif! Klik di sini.

 
Leave a comment

Posted by on 14/02/2011 in Pandangan

 

Tags: , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: