RSS

Saya sambut Hari Kekasih !

04 Feb

Assalamualaikum.

Dalam perjalanan saya pulang dari Segamat yang ketika ini dilanda banjir besar, saya mengimbas segala macam perkara dalam fikiran. Dalam perjalanan yang amat panjang; daripada Puncak Alam, mengalami kesesakan lalu lintas yang teruk, terpaksa keluar jauh daripada Plaza Tol Yong Peng (sepatutnya keluar daripada Plaza Tol Tangkak, lebih dekat. Tetapi disebabkan banjir, terpaksa ikut laluan jauh) dan jalan yang penuh lubang, minda saya jauh merewang ke tempat lain. Tempat yang lebih indah.

Syurga ? Mungkin. Syurga dunia ? Mungkin. Syurga cinta? Mungkin juga.

Saya memikirkan soal cinta. Lebih tepat lagi, Hari Memperingati Kekasih. Orang putih kata Valentines Day. Hari yang penuh dengan bunga, dengan cinta, dengan kasih, dengan asmara.

Orang perempuan suka bunga. Katanya romantik…

Saya pernah menulis artikel mengenai Hari Memperingati Kekasih ini di blog peribadi saya di http://ceriterarif.blogspot.com . Namun, nama pun blog peribadi maka bercerita soal peribadi-lah. Zaman bercinta, memang segalanya indah. Tapi bila dah solo ni, agak sunyilah.

Ehh, tukar topik!🙂

Dalam perjalanan ke Segamat, saya berfikir sambut hari kekasih ni bagus juga kan. Boleh terus menyemai rasa cinta kita kepada orang yang kita kasihi. Boleh berikan hadiah, berikan bunga, ucapkan terima kasih kerana tetap jua mencintai kita sehingga ke hari ini.

Posting ni menghalalkan Hari Kekasih ? Tidak !

Kalau dibaca kesemua hukum agama, carilah di pakcik Google atau Yahoo sekalipun anda akan pasti berjumpa dengan hukum yang sama. HARAM. Menghalalkan yang haram, sudah semestinya tidak boleh. Jadi, apa maksud saya dengan sambut Hari Kekasih itu bagus ?

Maksud saya sambut hari kekasih ni adalah, kita menyambut dan menzahirkan rasa sayang kita pada orang yang kita sayang. Dan, secara terus terangnya hari kekasih ini bukan untuk kekasih.

Habis tu, hari kekasih untuk siapa sebenarnya ?

Kekasih kita sudah semestinya ibu, ayah, adik beradik, kawan-kawan, dan pasangan halal kita. Kita lupa, kerana mereka inilah kita terus bangkit bersemangat sepanjang hari. Adakah kerana kekasih kita seorang, kita dapat bangkit ? Tentunya tidak. Pemangkin semangat kita ialah mereka, orang yang hampir dengan kita sebelum datangnya kekasih.

Ibu ; memang confirm kekasih kita. Hari-hari ‘kekasih’ kita manjakan kita, berikan kasih sayang yang tak berbelah bahagi. Takkan mudah kita lupakan jasa ‘kekasih pertama’ kita.

Ayah ; sangat-sangatlah seorang kekasih kita. Hari-hari ‘kekasih’ kita berikan duit belanja, belikan pakaian, seluar, makanan untuk dialas perut setiap hari. Orang yang menyuapkan makanan dalam mulut kita, takkan kita nak lupakan juga, kan ?

Adik-beradik ; lebih-lebihlah mereka merupakan kekasih kita. Fungsi ‘kekasih’ kita ini sebagai ibu bapa kedua. Mengawal, memerhati tindak tanduk, tegur nasihat, mengajar, mendidik. Adik beradik pun turut menjadi kekasih kita. Lupakah kita ?

Kawan-kawan ; kekasih yang selalu dilupakan. ‘Kekasih’ kita ini selalu mendengar rintihan, memberi pandangan, menghulur pertolongan saat kita perlukan bantuan mereka. Mereka tidak kisah kalau mereka susah, tetapi mereka bahagia kalau kawan mereka berjaya dan senang. ‘Kekasih’ yang ini pun kita lupa ?

Pasangan halal kita; kekasih yang halal yang selalu juga dilupakan. Dialah pemangkin ketika kita rapuh. Ketika kita marah, dia yang tenangkan hati. Dia buatkan kita air, makanan. Sang suami membelikan pakaian, barangan kemas, barang dapur. Berikan nafkah zahir dan batin yang cukup. Pasangan halal kita, selalu kita lupa jasa mereka. Dan selalu kita tidak mengingati dan menghargai mereka.

Mengapa tak pentingnya hari kekasih untuk kekasih ? Jawapannya senang, mudah. Sebab, hari-hari kita cakap I Love You kepada kekasih kita. Sangatlah menipu kalau hari-hari tak cakap. Ada orang, setiap jam perlu SMS cinta dari sang kekasih. Telefon bergayut untuk lepas rindu. Jadi, buat apa hari kekasih. Sebab hari-hari dah jadi hari kekasih, kenapa nak ada satu hari khas untuk kekasih pulak kan ? Jangan tipulah, saya pun pernah bercinta dan saya tahulah (Ehh, kantoi!🙂 )

Luangkanlah satu hari ini, Hari Kekasih untuk kita beritahu orang yang kita sayang bahawa kita sayangkan mereka.

Satu lagi kekasih yang kita seharusnya tak boleh lupa. ‘Kekasih’ ini lebih penting dari segala kekasih. ‘Hari Kekasih’ dia ni pun hampir dengan Hari Kekasih 14 Februari. Siapa ya ?

Kalau anda jawab Muhammad SAW, anda betul ! Anda memang pandai .

Ramai orang tepuk dahi kalau lupa 14 Februari, tetapi ramai orang tak tepuk dahi kalau lupa 15 Februari hari ulangtahun kelahiran Muhammad, nabi kita yang kita sayangi. Ingat tak Nabi Muhammad lahir 12 RabiulAwal bersamaan 15 Februari 2011 ? Tau tak ?

Kalau tak tahu, dan baru tahu marilah kita tinggalkan Hari Memperingati Kekasih kita itu dan menumpukan perhatian sepenuhnya dengan Hari Memperingati Kelahiran Muhammad Bin Abdullah. Banyakkan berselawat keatas nabi, dan banyakkan menangis mengingati pengorbanan nabi. Ingatilah nabi sebab nabi memberi syafaat di hari Pembalasan, bukan kekasih kita yang kita agungkan itu.

Salam Hari Memperingati Kekasih, dan Memperingati Muhammad SAW.

p/s : Jom join Fan Page Ceritera Arif! Klik di sini.

 
Leave a comment

Posted by on 04/02/2011 in Pandangan

 

Tags: , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: