RSS

Gelanggang Raja Lawak 5 : Minggu Kedua

15 Jan

(Pandangan saya adalah sekadar apa yang saya lihat, perhati dan nilai. Tiada kaitan dan desakan dari mana-mana pihak untuk reviu ini disiarkan dan saya tidak menyokong mana-mana pihak yang terlibat)

Assalamualaikum.

Maaf reviu lambat tentang Gelanggang Raja Lawak. Ini mungkin reviu saya yang terakhir mengenai Raja Lawak, dan insyaAllah saya akan terus menulis reviu selagi saya ada masa ya.

Komen saya ringkas mengenai minggu ini. Semua menunjukkan peningkatan. Kecuali dua kumpulan ; Kopio dan Kami. Memang saja cari nahas untuk mengeluarkan diri sendiri daripada Raja Lawak. Ada lagi kumpulan ‘sampah’ , tetapi saya yakin mereka boleh pergi jauh sebab minggu ini meningkat daripada minggu lepas.

Yang bagus di minggu lepas, agak menurun sedikit. Nazmi, saya lihat macam hilang arah. Memang ada topik, iaitu soal tak puas hati. Tetapi mengulangkan trademark berulang kali mungkin membuatkan orang rasa tak sedap. Tetapi lontaran suara Nazmi dengan dialog-dialog bersahaja memberikan saya keyakinan untuk terus menyokong Nazmi.

Epy nampak juga down. Menjadi orang tua yang terbuang adalah isunya. Tetapi cermin mata pada awal minit mungkin mengganggu trademark matanya yang saya tak berapa nampak secara jelas. Persembahan menurun sedikit, Epy. Tak apa, cuba lagi okay.

Leman dan Man, saya tabik kepada anda. Anda membuat satu stand-up comedy yang sangat bersahaja. Leman seorang penoreh getah, dan Man seorang peminat burung. Saya rasa perlu sangat mereka berdua ini dikekalkan selagi konsisten.

Satu tragedi yang sangat menyentap perasaan penonton (mungkin) adalah apabila pengacara, Zizan telah melakukan jenaka dengan menggunakan nama ayah kepada pengacara nombor satu negara, Aznil Haji Nawawi. Tak perlu saya nak beritahu apa yang disebutkan oleh Zizan, tetapi perbuatan itu menyebabkan Aznil yang senang disapa Paknil berang dengan pengacara bersama dengan Johan itu di Twitternya.

Satu kelebihan Zizan ialah beliau terus meminta maaf kepada Aznil di Twitter. Namun, Aznil tak melayani dan menjawab segala tweet yang Zizan berikan. Zizan juga meminta maaf kepada seluruh warga Twitterland yang tersinggung dengan perbuatannya itu.

Baguslah Zizan, minta maaf kepada yang senior. Ini bukan perkara main-main, Zizan. Awak kena minta maaf. Bukan pada Paknil sahaja, tetapi kepada semua keluarganya. Lebih baik berjumpa untuk menjernihkan keadaan. Dan jangan lupa, jangan buat lagi kesilapan yang sama di masa akan datang okay!

Dan Aznil pun sendiri memaafkan Zizan. Aznil sendiri pun tak mahu perbesarkan lagi cerita ini. Sayang Paknil. Mari kita sedekahkan Al Fatihah buat Allahyarham Haji Nawawi ya.

p/s : Jom join Fan Page Ceritera Arif! Klik di sini.

 
Leave a comment

Posted by on 15/01/2011 in Revieu

 

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: