RSS

Astro First

13 Jan

Lisa Surihani .🙂

Assalamualaikum.

Malas nak beratur beli tiket wayang ? Nak tengok filem santai-santai sambil makan keropok mahupun nasi lemak ? Ataupun kat tempat anda tak ada panggung wayang (macam saya) ?

Memperkenalkan cara tonton wayang terbaru, Astro First !

Bermula hari ini, pelanggan Astro boleh menikmati filem-filem terbaru di pawagam dengan membayar RM15 bagi setiap judul filem yang anda nak tengok. Bukan baru sangat ya, lebih kurang dua minggu di pawagam kemudian terus di rumah anda. Astro memberi anda pilihan masa tayangan mengikut keselesaan masing-masing selama 48 jam selepas pembelian.

Hari ini, Astro First menayangkan 3 buah filem iaitu Ngangkung, Damping Malam dan Aku Masih Dara. InsyaAllah, di masa akan datang lebih banyak filem yang akan ditayangkan seperti filem epik KRU, Hikayat Merong Mahawangsa, filem arahan Mamat Khalid Hantu Kak Limah Balik Kampung dan banyak lagi.

Secara positif , ada beberapa kesan menggunakan perkhidmatan Astro First :

1. Lebih bebas . Nak pakai boxer, nak hisap rokok, nak makan nasi lemak, nasi goreng pun tak mengapa. Sebab kat rumah sendiri kan. Lainlah kalau tengok di rumah orang lain.

2. Tak payah beratur. Ticket online memanglah ada di internet untuk beli tiket wayang. Tapi nak kena ambil jugak tiket tu nanti. Lagi-lagi pulak nak drive dari rumah ke tempat wayang. Dengan bayar parking, beratur, beli itu, beli ini… Fuhh! Lebih baik tengok kat rumah.

3. Lebih jimat . RM15 sahaja boleh ditonton seramai 100 orang (kalau rumah anda besar dan skrin TV anda besarlah). Satu family dengan harga RM15, bukan ke lebih murah daripada satu tiket wayang RM10 ? Balik modal beb!

4. Membantu industri . Saya nampak industri perfileman boleh maju dengan perkhidmatan ini. Kecualilah kalau ada orang buat reviu tak best mengenai filem yang bakal ditayang, confirmlah orang pun tak nak tengok jugak kan ?

5. Lebih ramai pasang Astro !🙂

 

Tayangan Ngangkung bermula hari ini, di samping Aku Masih Dara dan Damping Malam

 

Berminat tak ? Kalau berminat, saya ajarkan macam mana nak tonton Astro First :

1. Pergi ke channel 480

2. Tekan butang biru di alat kawalan jauh Astro dan pilih filem kegemaran anda.

3. Tekan butang biru sekali lagi untuk pengesahan.

4. 13 digit kod SMS akan dipaparkan di televisyen. SMS BUY[13-digit code] ke 32999. Contoh: BUY 1234567891234 . (Kadar telco dikenakan bagi setiap SMS)

5. Filem yang anda nak tengok akan disajikan kepada anda 5 minit kemudian.

6. Jangan buat-buat lupa pulak kalau bil Astro anda bertambah RM15 ya. Itu tandanya anda dah melanggan Astro First.

Untuk maklumat lanjut , layari www.astro.com.my/astrofirst

 
Leave a comment

Posted by on 13/01/2011 in Berita

 

Tags: , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: