RSS

Maher Zain Live in Concert : Q&A

12 Jan

Assalamualaikum.

Bagi membantu meringankan sedikit bebanan Akhi Fairuz selaku orang kuat Maher Zain Malaysian Fan Club, saya dengan ini mengeluarkan Koleksi Q&A Maher Zain Live in Concert . Sila baca betul-betul dan saya harap kemusykilan yang ada di hati tuan-tuan dan puan-puan akan terjawab, insyaAllah.

Soalan ini telah saya ubah olahan bahasanya. Lebih mudah baca ya!🙂

(UPDATE : InsyaAllah entri ini akan diupdate dengan soalan-soalan semasa. Soalan yang asal masih ada, cuma topup soalan baru yang mungkin semua orang tertanya-tanya. TQ)

1. Kenapa laman web Ticket Hotline asyik error ?

Kesesakan trafik di laman web tersebut menyebabkan masalah pembelian tiket terjadi. Orang ramai yang berpusu-pusu mengunjungi laman web tersebut menyebabkan system down dan mengalami kelambatan loading.

UPDATE  2.15PM 13/1/2011 : Masalah tiket online seperti pembayaran, masalah error saya rasa lebih baik diajukan kepada admin di Ticket Hotline di http://www.tickethotline.com.my/events/maher-zain-live-in-concert/ atau baca komen-komen yang ada tu.

2. Di mana lagi saya boleh beli tiket selain membeli secara online ?

Anda boleh mendapatkan tiket di outlet Rock Corner yang terpilih. Sila baca entri saya sebelum ini. Klik di sini

3. Bagaimana cara-cara untuk membeli tiket secara online ?

Cara-cara berbentuk screenshot telah ditunjukkan di MZM-FC. Klik di sini

4. Bagaimana dengan pembahagian tempat duduk ?

Anda boleh mendapatkan gambaran jelas mengenai tempat duduk di sini

5. Berapakah limit untuk membeli tiket secara online ?

Anda boleh membeli sebanyak 10 tiket sekali transaksi.

6. Saya ada anak kecil. Perlu ke saya belikan tiket ?

Pembelian tiket adalah untuk mendapatkan tempat duduk. Jadi, kalau ada anak kecil saya rasa belilah satu tiket. Kalau larat nak pangku hingga tamat konsert, silakan. Tetapi, lebih baik beli satu seat. Kesian si ibu, si ayah dan si anak.

UPDATE 2.04PM 13/1/2011 : Children under 3 years old (hold on the lap of parents) is allowed for FREE ENTRANCE. (No seat is provided) | Kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke bawah (dipangku/diriba oleh ibubapa) dibenarkan MASUK PERCUMA. (Tiada kerusi disediakan)

UPDATE 5.28PM 13/1/2011 : Kanak-kanak atas umur 3 tahun kena belilah ya. Sebab seat, dan sebab tak larat nak pangku anak-anak yang dah besar tu. Kalau ikut hukum, hukumnya wajib beli untuk umur atas 3 tahun. Kalau tak beli, tak lepas.

7. Ada tak diskaun untuk pelajar dan kanak-kanak ?

Tiada.

8. Adakah membeli tiket secara online boleh dipercayai ?

Ticket Hotline sebelum ini pernah menjual tiket-tiket konsert dan event di Malaysia. Belum pernah lagi dengar Ticket Hotline menipu dari segi penjualan tiket. Mereka lebih berpengalaman, dan saya rasa perlu percaya.

9. Ada tak tiket free ?

Tiket free tu ada. Tapi kena masuk peraduan dulu ya. Majalah Anis telah berbesar hati melancarkan peraduan yang hadiahnya ialah tiket konsert. Jadi, sila dapatkan Majalah Anis isu Februari. Kalau anda nak menunggu untuk sertai peraduan ni, boleh. Tapi fikirkan tentang penyertaan yang bakal diterima. Bukan anda seorang yang masuk, mungkin ribu orang!

UPDATE 4.46PM 25/1/2011 : Dapatkan tiket percuma dengan membeli Majalah Anis keluaran Februari 2011, jawab soalan mudah, isi slogan dan hantar secepat mungkin. InsyaAllah , ada rezeki tiket free menanti anda!🙂

Dan lagi satu, cepat-cepat beli kerana 50 peratus tiket telah dibeli. Banyak yang dah beli pada 26 Februari. Mungkin disebabkan hari cuti, dan mahu bersama keluarga.🙂

UPDATE 3.54AM 4/2/2011 : Dapatkan tiket percuma dengan menjadi pemanggil bertuah di IKIM.fm dan di Sinar.fm. Di laman web Sinar.fm pun turut ada pertandingan untuk mendapatkan tiket percuma. Klik di sini untuk menyertai kuiz di laman web Sinar.fm .

UPDATE 4.11AM 4/2/2011 : Sertai peraduan Saya Sayang Rasulullah! yang dianjurkan oleh Munsyeed.com . Tiga pemenang terbaik menghasilkan video yang paling banyak di’like’ di Facebook akan memenangi tiket masuk ke Maher Zain Live in Concert. Serlahkan kreativiti anda menghasilkan video mengenai Rasulullah dengan menyertai pertandingan ini. Info lanjut, klik di sini.

10. Adakah persembahan 25hb Februari sama dengan persembahan 26hb Februari ?

Persembahannya sama. Tetapi pada 25hb Februari ada ramai tetamu kehormat, rakan media dan tetamu yang lain. Sila lihat pelan kedudukan di sini

11. Adakah saya dapat pilih kerusi kegemaran saya di konsert nanti ?

Untuk tiket berharga RM293 dan RM253, insyaAllah anda akan dapat pilih tempat duduk. Tunggu panggilan daripada Ticket Hotline untuk memberitahu anda nak duduk di seat mana. Pastikan nombor telefon yang anda masukkan masa membeli tiket adalah betul. Sediakan handphone anda dalam keadaan bersedia untuk menerima panggilan daripada mereka ya.

Bagi yang membeli selain daripada dua seat di atas, tak boleh pilih seat.

UPDATE 11.45PM 13/1/2011 : Atas permintaan ramai, semua tiket yg dibeli akan mempunyai nombor kerusi masing-masing. Pihak tickethotline sedang menaiktaraf sistem mereka untuk tujuan tersebut. Kami akan memaklumkan kepada anda apabila sistem mereka sudah bersedia untuk membuat pemilihan kerusi. Bagi anda yang telah membuat pembelian tiket, anda akan diberi keutamaan untuk membuat pilihan nombor kerusi.

12. Bila nak dapatkan tiket jika beli online ?

Tiket akan diberikan kemudian, iaitu seminggu sebelum konsert berlangsung insyaAllah.  Tindakan ini untuk mengelakkan tiket dipalsukan oleh pihak tak bertanggungjawab.

UPDATE 5.48PM 13/1/2011 : Untuk mendapatkan tiket anda, printkan email confirmation dan bawa untuk ditebus di kaunter pada hari konsert. Kaunter akan dibuka seawal 11 pagi.

13. Ada tak bayaran tambahan sekiranya membeli secara online ?

RM5 akan dikenakan sebagai bayaran tambahan. Tak apa, RM5 untuk Maher Zain berbaloi-baloi !

UPDATE 5.48PM 13/1/2011 : Saya dapati Additional Charges sudah tak tambah RM5 untuk setiap pembelian. Jadi insyaAllah bayaran tambahan telah dimansuhkan

UPDATE 5.21PM 14/1/2011 : Sah tiada lagi bayaran tambahan. Bagi sesiapa yang telah membayar RM5 sebagai bayaran tambahan (kes ini bagi pembeli tikel online yang awal-awal) nanti semasa anda dapat tiket, anda akan dapat sekali RM5 anda. Don’t worry ya!

14. Bagaimana dengan kemudahan surau ?

Surau di stadium bersaiz kecil . Namun, jangan risau kerana pihak penganjur akan menyiapkan khemah untuk kita ramai-ramai solat berjemaah. Afdhal solat berjemaah ya. 27 kali darjatnya. Jadi, jangan risau tentang solat okay. Siap sedia dengan kopiah, telekung dan kelengkapan lain.

15. Kan lebih baik diasingkan lelaki dan perempuan. Konsert MZ tapi bercampur lelaki perempuan!

Soalan ini adalah soalan paling kontroversi !

Soalan ini berbalik kepada pembelian tempat duduk. Konsert ini bukanlah konsert percuma yang boleh diarahkan lelaki satu tempat, perempuan satu tempat. Tambahan lagi, pihak penganjur tak tahu bilangan sebenar lelaki dan perempuan yang membeli tiket. Kalau tahu bilangan, maka mudah dibuat percaturan. Tapi, masalah lain pula bakal timbul iaitu isu tak adil ! “Aku nak duduk situ, aku nak duduk situ”. Dah jadi satu pertikaian yang lebih rumit, kan.

Insya Allah, yang hadir menyaksikan konsert ramainya dari golongan berkeluarga. Kalau ada muda mudi yang berpasangan pun, tak ada masa nak buat maksiat. Takkan membazir duit duduk di konsert yang membesarkan Allah semata-mata nak buat maksiat, kan ?

Showcase Oktober 2010 telah membuktikannya. Tiada pengasingan , tetapi berjalan lancar. Lagipun semua yang masuk dapat seat, bukan berdiri.

Paling penting adalah niat kita untuk hadir ke konsert ini. Orang yang datang ke konsert ini tahu kenapa mereka pergi .

Inilah 15 soalan paling kerap ditanya di MZM-FC . Semoga puas hati ya!🙂

UPDATE 2.04PM 13/1/2011 :

16. Boleh tak saya nak rekod video atau ambil gambar sepanjang konsert ini berlangsung ?

Tak boleh

UPDATE 6.13PM 13/1/2011 :

17. (soalan ekstra!) Saya nak suruh Maher Zain buat konsert di Segamat, boleh tak ?

Untuk soalan ini, saya ingin memberitahu bahawa kehadiran Maher Zain membuat konsert adalah atas jemputan penganjur iaitu Inteam Records Sdn Bhd dan Fiero Sdn Bhd dengan kerjasama syarikat recording MZ, Awakening Entertainment. Maka, untuk menjadikan impian MZ buat konsert di Segamat (atau di mana saja anda nak buat), hubungi PA Maher Zain sendiri. Tapi yang pasti, jemputan untuk MZ membuat persembahan bukan sikit-sikit duit dibelanjakan. Harap anda faham ya…🙂

UPDATE 12.03AM 14/1/2011 :

18. Adakah konsert ini akan tersiar di mana-mana rangkaian televisyen dan radio ? Ataupun siaran langsung di tv mahupun radio ?

Tidak ada. Ekslusif buat peminat Maher Zain yang datang sahaja.

UPDATE 4.27PM 25/1/2011 :

19. Ada tak program apa-apa bersempena konsert ini ?

Inteam Record dan Nasyeed.com akan mengadakan satu karnival sebelum konsert berlangsung. Karnival ini akan menghimpunkan semua pengusaha produk Muslim untuk menjual barangan mereka. Saya pasti, tak rugi untuk datang kerana banyak yang menarik akan diadakan.

20. Bagaimana dengan perjalanan karnival ini.

Di bawah ini disediakan tentatif karnival :

Khamis (24 Februari 2011)

3.00 pm : Ramah mesra bersama artis.

8.00 pm : Forum Bicara Ad-Deen IKIM.fm

Jumaat (25 Februari 2011)

10.30 am : Pertandingan Gubahan Buah-Buahan

12.00 pm : Tazkirah

3.00 pm : Pertandingan Nasyid (terbuka)

8.00 pm : Maher Zain Live in Concert (Malam pertama)

Sabtu (26 Februari 2011)

10.00 am : Pertandingan Lagu Maher Zain (Saringan)

10.30 am : Pertandingan Street Soccer dan 3-On-3 Basketball

11.00 am : Pertandingan Sepak Raga Bulatan & Nisa’ Indoor Game

3.00 pm : Sesi bertemu penulis Majalah Anis

5.00 pm : Permainan Galah Panjang

8.00 pm : Maher Zain Live in Concert (Malam kedua)

Ahad (27 Februari 2011)

10.00 am : Pertandingan Akhir Lagu Maher Zain

2.00 pm : Penyampaian Hadiah oleh Maher Zain

21 . Di manakah saya boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai karnival (sewa tapak, tentatif program, lokasi karnival) ?

Layari di Fan Page Karnival di Facebook. Klik di sini. Juga boleh terus ke laman web karnival, iaitu http://karnivalmaherzain.nasyeed.com/

Jom join Fan Page Ceritera Arif! Klik di sini.

 
17 Comments

Posted by on 12/01/2011 in Berita

 

Tags: , , , , , , , , , , ,

17 responses to “Maher Zain Live in Concert : Q&A

  1. Qaseh

    17/01/2011 at 12:07 AM

    Saya Dari singapura . Bagaimana Cara untuk mendapatkan ticket untuk
    menyaksikan konsert maher Zain.

     
    • Arif Radzi

      17/01/2011 at 3:12 AM

      Beli secara online atau di outlet terpilih di sekitar KL. Bagi pendapat saya,belilah secara online kerana kedudukan anda sekarang jauh untuk beli di outlet. Masa tebus tiket bagi yang beli online adalah pada hari konsert bermula 11 pagi di kaunter Stadium Melawati Shah Alam.

      Harap jawapan ini memuaskan hati anda.

       
  2. kowalski

    17/01/2011 at 11:32 AM

    paling mengecewakan tak boleh bawak kamera…

     
    • Arif Radzi

      25/01/2011 at 4:59 PM

      yup. semua memang kecewa.😦

       
      • Aryani

        30/01/2011 at 7:32 AM

        tol ke xleh bwk camera???? eee… sedihnyer xleh bwk camera…. dah prepair awl2 nk bwk camera ni… (T_T)

         
  3. syuhada

    30/01/2011 at 2:22 AM

    as-salam..
    saye ade BIG PROBLEM PASAL TICKET ni…
    saye beli first week mase die release..gune hotline ticket…
    the problem now..
    i lost the reference no..
    i takut burn je duit i n putih mate x dapat pg concert..i beli dua tiket utk RM203..
    should i call hotline ticket…
    i dah save dlm laptop actually..but laptop kene virus hari tu…
    sgt uncomfortable..
    i harap i dapat selesaikan problem ni😦

     
    • Arif Radzi

      30/01/2011 at 6:07 AM

      Waalaikumussalam.

      Saya sarankan untuk hubungi Ticket Hotline dengan segera. Nyatakan nama, IC number dan tarikh pembelian (kalau anda ingat) . InsyaAllah mereka akan bantu anda kerana mereka masih lagi ada simpanan data anda.

      Moga jawapan ini membantu🙂

       
  4. syuhada

    30/01/2011 at 4:24 PM

    alhamdullilah terima kasih🙂

     
  5. Arif Radzi

    30/01/2011 at 7:12 PM

    Syuhada : sama-sama .
    Aryani : setakat ini memang tak ada berita apa-apa mengenai kamera boleh dibawa atau tidak. cuma saya sarankan, kalau bulat hati bawalah tapi sorok-sorok sikit. saya faham, mesti nak bawa kamera untuk kenangan kan. kalau berkesempatan dan ada peluang untuk bergambar dengan MZ, mestilah tak nak dilepaskan. jadi saya rasa bawalah dan pandai-pandai jaga. bab sorok ni jangan cakap saya yang ajar ya. hehe…

     
    • Aryani

      30/01/2011 at 7:16 PM

      huhu… ye ke… sedihnyer ati ni… da lah susah nk dtg,xkn xleh amek gmbr lngsng kan… ok2… bagus juga idea awk tu ye… hehehe🙂

       
  6. Zida

    09/02/2011 at 11:21 AM

    Soalan lain.

    Heheh kalau beli tiket untuk 25 hb, kiranya 26hb dah tak valid la kan sebab konsert dia sama je? Tapi kalau nak join aktiviti2 luar stadium tu boleh kann??

    Tak best plak tak bleh amek gambar T_____T

     
    • Arif Radzi

      09/02/2011 at 6:31 PM

      Yup, tiket 25hb untuk 25hb sahaja . Sebab seat pun telah ditetapkan, jadi tak bolehlah nak datang tengok 2 kali. Boleh nak tengok 2 kali, tapi beli untuk dua hari lah. Hehe .

      Kalau tak beli tiket, boleh tengok-tengok karnival tu . Belilah apa-apa di booth yang akan menjual barangan. Tak rugi kalau datang!🙂

      Berkenaan kamera, memang tak dapat dielakkan. Cuma macam saranan saya di atas, bawalah sorok-sorok kalau teringin sangat. Manalah tahu ada rezeki dapat bergambar kan.🙂 Apa-apa perkembangan mengenai kamera ini akan diberitahu kemudian.

       
  7. nurul

    21/02/2011 at 1:08 PM

    can i get hotline ticket phone number pls?

     
  8. saadah492

    24/02/2011 at 10:44 PM

    kalau beli tiket 30th january dpt upgrade tak?

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: