RSS

Fobia Memandu

10 Jan

Kita bercerita tentang memandu sekarang.

Satu hari, satu keluarga keluar pergi ke satu majlis. Awalnya masing-masing riang gembira. Siap dapat free gift lagi. Tapi bila time balik, ada satu malapetaka berlaku.

Ini kereta Hafiz AF selepas kemalangan. Mujur dia menang AJL , lepas duit repair…

Kereta yang dipandu menyondol kenderaan depan! Pemandu menghentak stereng, isterinya menenangkan hati si pemandu. Adik si pemandu dah pucat bibir.

Di bawa ke pusat membaiki kereta, kena RM500. Lagi pucat sebab mana nak dapat duit RM500 on-time. Nasib baiklah ada duit sikit dalam bank. Sudah dihulur RM500, termenung lagi. Kereta yang dilanggar, dah bayar. Kereta yang dipandu dah remuk berkecai ni, duit siapa pulak nak repair ?

Kereta Shahir dalam kemalangan. Jahanam teruk!

Si adik terus mengimbau kenangan yang lalu. Ayahnya pernah mengalami kemalangan teruk. Sampai besi pun masuk dalam kaki. Umurnya ketika itu tak sampai setahun, tapi masih lagi teringat bagaimana diusungnya dia oleh si ibu untuk melawat si ayah di hospital.

Ingatan masih lagi kuat apabila suatu hari, selepas satu keluarga habis makan dan meneruskan perjalanan ke destinasi terpampang di depan mata satu kemalangan. Si penunggang motosikal melambung apabila melanggar kereta. Si adik yang cuak, terdiam. Tak jadi nak cakap apa-apa.

Ingatan demi ingatan keluar dari kepalanya. Abang pertamanya pernah accident motosikal, abang keduanya pun pernah accident motosikal, kakaknya pernah accident kereta. Yang belum accident lagi, adiknya.

Oleh sebab itu, dia fobia untuk memandu. Dan ya, dia masih lagi tiada lesen. Sebab takut. Teringin memang teringin. Tapi, takut lebih ditakutkan.

Tak terdaya untuk sesiapa menolak ajal. Tapi kalaulah diikutkan hati, ajal di tangan pemandu jalan raya adalah satu yang sangat mengerikan. Boleh tengok di blog orang lain, bagaimana berkecai kepala, kaki tangan terputus apabila terlibat dalam nahas jalan raya. Ishh, minta dijauhkan mati macam tu.

Sampai sekarang, fobia tak hilang buat si adik. Baginya kalau duduk di kerusi penumpang dan pemandu tak buat gila, tak apa lagi. Tapi kalau pemandu buat gila, bawak laju confirm macam nak menjerit aje. Jadi control baik aje.

Agak-agak korang, macam mana nak buang rasa fobia ni ?

(Gambar-gambar kereta di atas tak ada kena mengena dengan entri ye. Nak letak gambar pecah kepala, tak berani la pulak!)

 
Leave a comment

Posted by on 10/01/2011 in Peribadi

 

Tags: , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: