RSS

Tengah malam

09 Jan

Tersedar dari tidur yang sekejap. Sakit.

Assalamualaikum.

Saya mengalami rasa sakit, sama seperti pada masa cuti semester. Di cuti semester lalu, saya muntah-muntah, sejuk badan, menggigil, berselimut. Saya tak tahu, saya rasa hari itu adalah hari terakhir saya berada atas dunia. Terasa macam suspek demam Denggi. Orang cakap orang kena Denggi cepat goal!

Tapi, alhamdulillah. Tuhan sayangkan saya. Tuhan berikan saya kesempatan untuk hidup dan backup segala dosa dengan amalan baik.

Hari ini, sakit yang sama. Muntah, gigil, kepala pening. Menulis entri ini pun dalam keadaan yang agak menyakitkan. Tapi, gagahkan hati. Tak boleh tidur, jadinya saya menulis. Saya sebenarnya nak tulis reviu tentang filem Gulliver’s Travels, tapi atas dasar saya mengalami permulaan sakit yang agak tak berapa baik, jadi saya tangguhkan dulu. InsyaAllah, saya akan tuliskan kemudian.

Terima kasih awak sebab awak perasan saya sakit. Mungkin sebab saya tulis di Skype agaknya. Tapi, terima kasih sangat-sangat. Tolong doakan saya cepat sihat ya. Terima kasih, terima kasih, terima kasih. Sebab tu saya sayang awak lebih…🙂

Itulah, sakit sebenarnya kifarah dari Tuhan. Sakit yang kita tanggung itu menggugurkan dosa-dosa kecil. Ramai orang mengeluh sebab sakit. Kalaulah mereka tahu sakit itu kifarah pengampun dosa, mesti ramai yang akan tiba-tiba suka dengan sakit.

Tapi macam kelakar je suka sakit, kan.

Ayah dari pagi tadi sibuk dengan rewang kenduri. Petang bersiap ke Felda Tenang, Felda Chempelak. Bos dari KL datang. Kesian ayah, cuti hari Sabtu pun masih lagi bekerja. Tapi nak buat macam mana, pilihan raya kecil DUN Tenang pun makin hampir dan sebagai Jurutera terpaksalah tengok-tengok projek sebelum disembur dek bos.

Daripada Felda Chempelak, melarikan diri ke Melaka. Hilangkan stress. Ingatkan nak tengok wayang, tapi tak ada cerita yang menarik pun. Sempat mencari baju di Jusco. Belang-belang. Cuma mencari baju belang melintang, tapi tak ada. Berangan nak jadi Maher Zain. Maher Zain kan pakai belang melintang, tapi nak buat macam mana dah tak ada. Belilah yang belang menegak. Okey sajalah…

Okeylah, sampai sini dulu. Kepala mula berdenyut!

 
Leave a comment

Posted by on 09/01/2011 in Peribadi

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: