RSS

Watermark

07 Jan

Assalamualaikum.

Isu copyright atau hakcipta memang jadi satu isu yang tak boleh lari jika terjebak dalam bidang ICT. Lebih-lebih lagi mengenai gambar, video dan semua jenis bahan pameran yang kita ada. Selalunya, kalau hasil kerja kita bagus dan baik, orang akan cuba mintak konon-kononnya nak dijadikan contoh. Rupa-rupanya, esok dia sudah claim yang itu harta dia. Mana tau ni ? Sebab saya dah pernah kena!

Habis kerja PowerPoint power saya digunakan sewenangnya oleh orang yang tak bertanggungjawab. Suka hati je kau clain itu kerja kau. Siang malam aku buat tau.

Lebih-lebih lagi gambar, kalau tidak dijaga dengan baik contohnya hasil gambar fotografi + photoshop tanpa dikreditkan atas nama kita sendiri dan post di internet contohnya di Facebook, memang orang akan claim itu hasil kerja dia. Penyangak-penyangak memang sengaja ambil kesempatan !

Marah nampak, Arif, Tak marah, nasihat!

Kawan saya, Firdaus Md Sam pun dah terkena. Kisahnya, kena buat video untuk perasmian penutup program dengan hanya Movie Maker. Bila buat, jadi cun sangatlah pulak! So, ramailah kawan-kawan senggol-senggolan cubit-cubitan nak video tu. Melentinglah mamat tu!

Jadi, hak kita sebagai pembuat (creator) adalah mengatakan bahawa kerja itu adalah hasil kerja kita. Macam mana ? Mudah, buat watermark .

Apa tu watermark ?

Watermark adalah satu penanda kekal yang berada di atas hasil kerja kita. Maksud atas hasil kerja adalah benda itu bersama dengan gambar dan video kita. Watermark selalunya bertindih di atas gambar atau video yang kita buat.

Ishh, susah nak cakap.

Tengok gambar ini .

Nampak tak logo Ceritera Arif yang samar-samar tu. Itulah watermark. Kalau pada video (saya tak boleh tunjuk disebabkan masalah space), masih ada logo itu walaupun video itu bergerak. Ada faham tak ?

Cara nak buat watermark ni ada banyak. Cuma kalau cara saya, saya gunakan Photoshop. Di Photoshop, nak design logo macam mana sekalipun tak kesah. Ada lambang kuda, rimau, ular, singa laut, anjing laut dan macam-macam jenis haiwan laut dan daratan pun boleh masuk. Ikut kreativiti masing-masing. Gambar tersebut, save dalam bentuk .png atau .gif . Tujuan dalam bentuk .png dan .gif untuk berikan backgroundnya transparent .

Apabila nak pakai watermark tersebut, cuma masukkan watermark tersebut dalam hasil kerja gambar anda ataupun masukkan dalam layer kedua (untuk video) .

Kan senang hidup ?

Salah satu cara saya yang lain untuk memasukkan watermark dalam video adalah meletakkan kredit si pembuat di awal video. Tuliskan durasi, software apa yang digunakan, siapa client kita dan masukkan nama anda sekali. Ini nampak lebih senang daripada masukkan watermark kalau movie editor anda tak ada lebih dari satu layer.

Okay, moga anda suka dengan tutorial yang simple ini . Ini bukanlah tutorial sebenarnya, tapi nak suruh anda buat sendiri. Saya telah berikan anda idea, dan sila generate idea anda sendiri, ok ?🙂

p/s : Kalau anda nak software watermark ; http://www.photo-freeware.net/watermark-v2.php . Moga bermanfaat untuk anda.

 
Leave a comment

Posted by on 07/01/2011 in Tutorial

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: