RSS

Gelanggang Raja Lawak 5 : Minggu Pertama

07 Jan

(Pandangan saya adalah sekadar apa yang saya lihat, perhati dan nilai. Tiada kaitan dan desakan dari mana-mana pihak untuk reviu ini disiarkan dan saya tidak menyokong mana-mana pihak yang terlibat)

Assalamualaikum.

Lebih baik dari Raja Lawak 4. Itu yang boleh dirumuskan untuk malam ini. Semua peserta menunjukkan potensi yang baik dan layak digelar peserta Raja Lawak.

Gelanggang dimulakan dengan persembahan penyerahan mahkota Raja Lawak oleh kumpulan Kecik. Mungkin disebabkan perkataan ‘mahkota’ itu senang untuk dimanipulasi, maka perkataan itu tak lekang dipermainkan di bibir kumpulan itu sehingga tamat persembahan mereka.

Habis sahaja montaj, Ray dan Haniff masuk menjadi pengacara. Biasa-biasa, tetapi mengisi sedikit kekosongan. Pentas mula riuh dengan sorakan apabila Johan dan Zizan selaku pengacara sebenar masuk pakai baju tidur. Mungkin seiring dengan montaj mereka.

Satu kejutan yang berlaku ialah ‘penarikan diri’ Bob Lokman sebagai juri tetap. Daripada 2 orang juri (Afdlin Shauki dan Bob Lokman), tinggal Afdlin seorang saja selepas Bob mengumumkan untuk menarik diri. Platform inilah yang digunakan untuk membuat kejutan apabila diumumkan dua juri tetap yang bakal menggantikan Bob dan Allahyarham Din Beramboi iaitu Sathia aka Baby Face dan David Teo (tak faham kenapa mesti David Teo yang jadi juri).

Nazmi . Aku lupa! Aku lupa!

Secara keseluruhan, lawak yang dipersembahkan boleh ditelan oleh kami yang menjadi penonton (saya menonton di rumah, jadi tak tahu apa reaksi sebenar di studio) . Namun saya tertarik dengan tiga orang, ketiga-tiganya solo. Nazmi, Epy dan Leman.

Nazmi cukup menggamatkan suasana dengan kelupaannya. Mungkin tanpa sedar, saya dah ketawa tak ingat dunia tadi. Sangat bertenaga dan suaranya sangat lantang. Tugas Johan dan Zizan selepas habis persembahan Nazmi menambahkan ketawa kepada penonton. Semuanya lupa! Makan pakai kaki, sebab lupa ada tangan. Tak ke gila?

Epy

Epy, mungkin dia akan bakal menjadi Man Belon kedua. Mimik muka memang cukup membuatkan kita ketawa. Tak menggunakan muka sepenuhnya sebagai modal, dia menggunakan lawaknya yang bersahaja untuk memikat penonton yang melihatnya. Bibirnya yang dijuihkan dan kening terangkatnya mungkin akan menjadi trademark.

Leman menjadi seorang pengembala lembu. Lawaknya biasa saja. Tapi bagi saya ada potensi untuk pergi jauh. Sangat bersahaja berceritakan kisahnya seorang pengembala lembu yang dahulunya kaya.

Sembilan yang lain, pun biasa-biasa sahaja. Ada yang lawak, ada yang langsung tak lawak. Tak tahulah nak maafkan ataupun tidak kerana ini baru minggu pertama. Namun, bagi saya yang menonton saya dapat menangkap apa yang mereka cuba sampaikan.

Satu perkara atau isu baru yang saya lihat ialah masalah juri. Saya ada masalah dengan juri. Mungkin ini adalah teguran buat David Teo yang menjadi juri supaya menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh kami. Saya tidaklah tak sokong David Teo jadi juri 100%, tetapi masalah kami (ataupun Johan, Zizan dan seluruh peserta RL yang kena kritik dengan DT pun merasakan sama) ialah kami tak faham apa yang David Teo cuba sampaikan. Harapnya minggu depan lebih baik ya!🙂

Kejutan tidak menyingkirkan peserta minggu pertama adalah satu kejutan yang biasa sahaja. Akademi Fantasia pun sudah banyak kali tidak singkirkan peserta pada minggu pertama. Dengan harapan, mereka bakal membuat yang terbaik untuk minggu kedua. Semua penonton berharap agar semua peserta akan melakukan yang terbaik selepas ini.

Tetapi, kalau disuruh saya buat tekaan siapa yang bakal tersingkir saya akan memilih kumpulan KAMI. Anda tidak lawak, dan anda akan mudah disingkirkan jika tidak berubah.

Untuk mengundi, taip LAWAK<jarak>nama hantarkan ke 32999. Untuk undian 3 , 5 atau 10, atau pukal 20, taip LAWAK<3,5,10,20><jarak>nama dan hantarkan ke 32999. Undian anda sangat bermakna buat mereka!

 
2 Comments

Posted by on 07/01/2011 in Revieu

 

Tags: , , , , , , , , , ,

2 responses to “Gelanggang Raja Lawak 5 : Minggu Pertama

  1. azreen

    07/01/2011 at 11:41 PM

    pandai la awk arif..bangga sy tgk tulisan awk ni, hehehe

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: