RSS

Tips kurangkan pencerobohan di Facebook !

06 Jan

Assalamualaikum

Isu pencerobohan di Facebook memang banyak kali berlaku. Tak jauh dari korang yang membaca, saya pun dah pernah terkena. Lebih 5 hingga 6 kali. Lebih teruk, sampai membawa kepada chatting benda-benda merapu. Isu mengenai seks pun pernah terkena jugak! Sampai saya pernah diremove oleh kawan sendiri dan ramai yang anti. Patutlah terasa macam makin lama makin kurang kawan di Facebook. Aduh, pening kepala.

Credit to Facebook Oh! Media . Saya padam details yang berkenaan. Yang penting adalah bagaimana teruknya mamat ni kena di bahagian chatting . Sila klik untuk lebih jelas.

Hari ini, saya membaca satu kes lagi. Sama kes seperti saya, tetapi lebih teruk. Diugut supaya diberikan wang, atau terus diburukkan dengan chatting yang melampau. Kesian saya tengok. Saya yang dah pernah terkena ni pun, jadi sangat terasa bila jadi seperti itu. Kita serupa, kawan. Cuma yang bezanya, lu kena ugut dengan duit. Wa sempat selamat lagi.

Saya nak kongsikan beberapa tips supaya Facebook, dan semua laman sosial yang anda ada ; Twitter, Tagged, Friendster, Myspace dan seluruh email anda lebih selamat.

Pertama : Jangan mengada nak approve kawan-kawan punya application atau mencari application. Saya perasan yang ramai daripada kita ni sibuk sangat nak mencari ‘kawan sejati’ daripada application yang tak guna tu. Nasihat saya, kalau application itu merapu dan tak memberi faedah, JANGAN approve. Kalau anda dah terklik approve, mari saya ajarkan macam mana nak remove application itu dari Facebook anda.

1. Klik Account > Privacy Settings

2. Di bawah Apps and Websites , klik saja di Edit Your Setting.

3. Di bawah Apps you use, klik Edit Setting.

4. Klik saja pangkah pada application yang tidak mahu digunakan.

INGAT! Penting sangat untuk buang application yang tak digunakan supaya data anda tak digunakan sewenang-wenangnya oleh orang lain.

Kedua : Password anda. Tukar patern password anda daripada full huruf atau full angka kepada gabungan huruf, angka dan simbol. Keyboard anda ada 26 huruf kecil, 26 huruf besar, 10 nombor dan 32 simbol. Kreatif sikitlah! Gunakan tiga gabungan ini menjadi satu password yang canggih manggih. Takkan yang ini pun saya nak ajar, kan🙂

Lebih baik kalau password anda itu jauh lari daripada nama dan email anda. Ini mengelakkan password anda diteka dengan mudah oleh orang lain. Lagi satu, panjang lebih dari 7 karakter. Lebih panjang, lebih sukar tekaan. Kalau anda belajar Matematik, ratio 94 karakter pada huruf pertama sahaja. Kalau tujuh karakter ? 10 karakter ? Mestilah lebih susah untuk diteka.

Ketiga : Jangan jadi baik sangat untuk memberikan alamat rumah, nombor telefon, nombor kad pengenalan, butir peribadi yang terlalu mendalam. Cukup beritahu nama, daerah anda tinggal, dan kalau nak nampak mesra rakyat sikit boleh masukkan link-link laman sosial anda yang berkaitan. Keterangan yang terlalu mendalam boleh menyebabkan anda boleh dimanipulasi. Kad pengenalan anda boleh dijadikan umpan dan alat kepada orang lain. Jaga-jaga!

Keempat : Sekat keterangan anda dan maklumat peribadi kepada orang yang belum approve anda menjadi kawan. Maksud saya, kalau orang luar perasan anda dan mereka nak mengenali anda, mereka akan approve dulu sebab mereka tak boleh baca details anda.

Macam mana cara nak buat ?

1. Pergi Account, klik pada Privacy Settings

2. Klik pada Customize Settings, tukarkan semua kepada Friends Only.

3. Kalau anda nak tengok bagaimana profile anda apabila orang luar nak tengok , boleh klik di Preview My Profile

Kelima : Susulan daripada tips keempat. Mungkin disebabkan orang luar nak tengok profile anda, maka mereka akan cuba Add To Friend. JANGAN approve makhluk Tuhan yang anda tak kenal hati budi. Kalau budak sekolah lama anda, budak satu matrikulasi, budak satu kumpulan nasyid bolehlah approve. Tetapi kalau tak kenal, tak ada Mutual Friends, tak payahlah approve. Nak jadi mesra alam pun berpada-pada sikit. Nanti korang jugak yang susah!

Keenam : Album picture anda. Sila tukarkan daripada Friend of Friends kepada Friends Only. Kalau setakat gambar kartun, gambar pelakon Korea (saya pelik, kenapa pelakon Korea boleh diupload ke Facebook? Bukan orang Korea suka korang pun) bolehlah anda letak Friend of Friends. Tapi kalau anda ada gambar bersama kawan-kawan, gambar aktiviti, gambar suka-suka lebih baik tukar setting anda kepada Friends Only.

Itulah dia 5 tips untuk anda. Tips ini berguna bukan sahaja untuk menyelamatkan anda daripada diceroboh menggunakan password, tetapi nak mengurangkan anda untuk dimanipulasi. Gambar anda, link anda, segala details anda adalah amat penting. Jadi, berjaga-jaga sebelum kena!

Semoga bermanfaat untuk semua. Share kepada rakan kalau minat !🙂

 
Leave a comment

Posted by on 06/01/2011 in Tutorial

 

Tags: , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: