RSS

Surat Terbuka untuk Imam Muda

06 Jan

Assalamualaikum.

Bahang Imam Muda mula terasa. Sebelum ini, Akademi Al-Quran terlebih dahulu mengorak langkah mencari peserta musim kelimanya. Di televisyen telah mula untuk menunjukkan uji bakat Akademi Al-Quran 5 bermula 8 Januari ini (kalau tak silap saya) . Semoga pencarian superstar Al-Quran akan membawa kita menghayati Al-Quran dan menjadikan hafiz dan hafizah al-Quran sebagai role model kita.

Imam Muda (IM), sebuah program mencari Imam dalam lingkungan usia 18 hingga 27 tahun. Apabila rancangan ini disiarkan, satu dunia celik mata kerana inilah rancangan mencari imam pertama di dunia ! Lalu, ramai wartawan dari dalam dan luar negara hadir untuk membuat liputan. Muhammad Asyraf Ridzuan, berasal dari Pulau Pinang menjuarai Imam Muda musim yang pertama.

Imam Muda Asyraf dan Imam Muda Hizbur pegang trofi kemenangan masing-masing. Sempoi aje…

 

Astro tidak mempersiakan peserta-peserta Imam Muda walaupun seorang dengan memberikan slot rancangan sendiri ; Asyraf dalam Soal Asyraf, Hizbur dalam Musafir, Azhar dan Aran dalam Khabar Haji, Taufek dalam Famili Sarjana, Miril dan Adib dalam Liga Ilmu. Sesungguhnya mereka tidak harus dipersiakan dalam mengembangkan dakwah mereka. Tidak dinafikan, semua Imam Muda ada pembawakan masing-masing. Imam Muda Asyraf mengendalikan Soal Asyraf dengan cara santai, tidak lain kerana mahu mendekatkan diri dengan remaja dan re’tua’. Walaupun menang tempat pertama, Asyraf masih mengekalkan loghat utaranya yang pekat dalam rancangannya sendiri.

Mengikut teknologi semasa, Asyraf ada blog sendiri. Tidak lain sebabnya, hanya kerana mahu mendekatkan diri dengan remaja. Bahasa yang digunakan dalam blognya cukup santai, tidak terikat dengan protokol bahasa skema. Semua ini kerana Asyraf merasakan gelaran juara adalah suatu amanah yang Allah berikan kepadanya. Bukan dapat gelaran itu, dia merasa bangga dan terasa popular sebab ‘aku Imam Muda unggul’.

Astro Oasis telah mengeluarkan satu sidang media untuk mengumumkan kehadiran Imam Muda Musim Kedua pada hari ini, menyambung tradisi mencari seorang Imam unggul. Alhamdulillah, rancangan ini dibawa juga ke musim kedua. Lebih menarik lagi apabila rancangan ini terbuka seluruh dunia, tetapi perlu fasih berbahasa Melayu. Bermakna, orang Brazil beragama Islam pun boleh join tapi kena pandai cakap Melayu. Semakin hebat penangan Imam Muda.

Imam Muda Asyraf , Mudir Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz dan Imam Muda Hizbur dalam iklan terbaru ujibakat Imam Muda Musim Kedua . Ustaz Hassan cakap, “Ada berani ?”

 

Maka, saya jadi sedikit risau dengan bermulanya ujibakat itu nanti. Adakah orang nak masuk Imam Muda adalah kerana popular, dapat masuk TV, dapat ada rancangan sendiri ? Ataupun mereka masuk kerana ada kesedaran untuk menjadikan Islam itu gah di persadanya ? Saya cukup takut apabila orang nak masuk Imam Muda kerana glamour. Yalah, bukan senang nak masuk TV kan.

Saya berharap agar produksi Imam Muda mencari orang yang benar-benar nak jadi Imam unggul. Jangan jadi macam rancangan realiti lain, masuk rancangan sebab nak buat diri masuk TV, dapat gelaran juara duit terus lesap. Bagi saya Imam Muda telah melahirkan 10 anak muda yang berkarisma pada musim pertama. Biarlah musim kedua ini, 10 anak muda yang bakal berentap sesama mereka turut sama mempunyai niat menegakkan agama Allah yang Maha Suci.

Sekian. Moga Allah memberkati kita semua. Amin…

 
2 Comments

Posted by on 06/01/2011 in Pandangan

 

Tags: , , , , , , ,

2 responses to “Surat Terbuka untuk Imam Muda

  1. Muhammad Adlan Shaharir

    07/01/2011 at 11:05 PM

    Assalamualaikum,

    Terima kasih atas komen2 anda.
    Saya merupakan sebahagian dari team IM 2010, dan seterusnya untuk IM 2011.
    Secara peribadi saya juga sependapat dengan saudara, dan kami akan berusaha keras agar integrity Imam Muda tidak dikompromi atau di’overshadow’ oleh elemen-elemen yang menjurus kepada hiburan sekular atau mainstream.

    Doakan kami tidak tersimpang dari matlamat asal program ini.

    InsyaAllah.

     
    • Arif Radzi

      07/01/2011 at 11:50 PM

      Jazakallah khairan kathiran. Terima kasih!🙂

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: