RSS

Mengapa Tidak Maher Zain ?

05 Jan

Sebagai seorang pelajar matrikulasi, hari-hari saya disogokkan dengan muzik . Seawal pagi bilik telah digegarkan dengan lagu-lagu di radio. Malam pula lagu yang dipasang menggunakan handphone sendiri. Ada yang menyumbatkan earphone di telinga, sementara saya lebih suka menggunakan speaker kecil. Bulan lalu ada pertandingan Battle of The Band. Ramai yang bersorak kesukaan, menyanyi bersama-sama. Pensyarah pun turut sama menyanyi. Riang.

Mengimbau kenangan zaman silam, muzik di Malaysia melalui pelbagai perubahan genre. Dari rock ke balada ke dangdut. Jika musim r0ck, penuh dengan fenomena seluar ketat, baju ketat. Musim balada penuh dengan lagu syahdu tangkap leleh. Musim dangdut dengan gelek yang menggoncang imannya. Fuhh!

Begitulah penangan muzik, pengikutnya mudah terikut dengan gayanya.

Walaupun begitu, ada yang membantah. Katanya hiburan itu melalaikan, menjebakkan manusia kepada kealpaan pada dunia. Lebih dari itu lagi, keluarlah hadith mengenai pengharaman alat muzik bertali, katanya syaitan suka. Maka, siapa sahaja yang berminat dengan muzik akan ditolak. Katanya, sama group dengan syaitan!

Tahun 1998, hadir kumpulan Raihan sebagai permulaan pada genre nasyid. Album Puji-Pujian menjangkau 600,000 unit menjadikan nasyid sebagai satu fenomena baru dalam industri muzik. Tak lama selepas itu, tumbuh Rabbani, Hijjaz, Inteam, UNIC dan kumpulan-kumpulan lain yang mahu bergerak atas landasan dakwah.

Nasyid mula suram sedikit demi sedikit selepas tiada lagi lagu-lagu nasyid malar segar yang terhasil. Namun, keluarlah lagu Intifada nyanyian kumpulan Rabbani menggegarkan suasana nasyid. Lagu Intifada keluar dari kebiasaan iaitu penggunaan lebih kepada alat muzik yang moden. Timbul persoalan, adakah boleh digunakan alat muzik yang moden dalam lagu ditakuti boleh menimbulkan dosa dan fitnah ?

Tahun 2010 menghadirkan satu lagi kejutan dalam industri nasyid, lebih-lebih lagi antarabangsa. Maher Zain, anak kelahiran Lubnan mengeluarkan album Thank You Allah dan menjadi hits di Youtube apabila lagu InsyaAllah telah ditonton seramai 2 juta penonton ! Lebih membanggakan lagi, beliau merupakan penyanyi Muslim pertama di dunia yang telah mencapai 1 juta peminat di Facebook. Maher Zain Malaysian Fan Club pula telah mengumpul seramai 100,000 ribu peminat.

Satu fenomena yang sangat menakjubkan.

Dalam kehangatan itu, timbul persoalan. Maher Zain menggunakan piano dalam lagu The Chosen One, biola dalam Barakallah Lakuma, gitar dalam InshaAllah. Maka adakah kita telah mengharamkan yang halal, kerana pada awalnya hiburan itu adalah haram ?

Cuba lihat hadis-hadis ini :

Ummul Mukminin ‘Aishah r.aha berkata bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Aisyah menceritakan ; “Pada hari raya orang Sudan membuat pertunjukan permainan perisai dan lembing. Aku tidak pasti sama ada aku yang meminta, atau baginda yang berkata: “Apakah engkau ingin menontonnya?” Jawabku: “Ya”. Lalu baginda menjadikan aku berada belakangnya, pipiku menyentuh pipinya sambil baginda berkata: “Teruskan wahai Bani Arfidah (orang-orang Sudan)”. Sehinggalah aku jemu. Kemudian baginda berkata kepadaku: “Sudah cukupkah (jemukah)?”. Jawabku: “Ya”. Kata baginda: “Kalau begitu, pergilah”. (Riwayat al-Bukhari).

Maka jelaslah hiburan adalah sesuatu yang diharuskan dalam Islam. Perlu diingat bahawa hiburan itu adalah fitrah manusia. Jangan ditolak fitrah tersebut kerana ia adalah tuntutan naluri manusia.

Hiburan bukanlah matlamat hidup kita. Matlamat hidup kita ialah Allah. Hiburan hanya menjadi sampingan dan selingan dalam kehidupan kita. Kesilapannya kita adalah terlalu obses dengan hiburan, obses kepada artis pujaan kita. Sedangkan kita harus obses tentang matlamat sebenar kehidupan kita di muka bumi.

Mudahnya, jika hiburan itu tidak melalaikan, lirik di dalamnya tidak memujuk rayu dan mengasyikkan, dan penyanyi menyanyikan dengan penuh rasa ‘tanggungjawab’ maka hiburan itu diharuskan. Jika sebaliknya berlaku ; melalaikan dari mengingati Allah, lirik mengajak berbuat kejahatan dan kemungkaran seperti maksiat, penyanyinya meliuk lentuk maka hukumnya jatuh kepada HARAM.

Mengapa kita harus berada dalam kepompong lama ? Mengapa tidak Maher Zain sebagai satu bentuk hiburan kita ?

 
Leave a comment

Posted by on 05/01/2011 in Pandangan

 

Tags: , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: