RSS

Fail hilang ?

02 Jan

Selalu kawan-kawan saya merungut ; Arif, file aku hilanglah dalam thumbdrive. Then, masing-masing buat muka sedih. Selalunya yang buat drama sedih ni, datang dari kaum Hawa lah. Bila orang perempuan sedih, saya pulak yang tak sampai hati. Ish3. Tergugat iman dan takwa sekejap.

Bila masalah ni timbul, selalu saya tanyakan soalan ; ada cucuk thumbdrive kat komputer ada virus tak ? Sesetengah kes, angguk. Sesetengah kes, geleng. Kalau kes cucuk komputer yang ada virus, selalunya terjadi dua perkara : satu, virus sudah hiddenkan tapi boleh dikembalikan dengan Show Hidden Files and Folders di Folder Options, dua, virus sudah hiddenkan dan tak muncul terus walaupun dah buat Show Hidden Files and Folders tersebut.

Sebenarnya, untuk perkara yang kedua file itu masih lagi ada dalam thumbdrive tetapi disorokkan oleh virus yang lebih handal daripada virus dalam perkara pertama. Jadi, saya nak tunjukkan kepada anda cara untuk munculkan semula file anda yang telah hilang.

Langkah 1 : Klik Start > All Programs > Accessories > Command Prompt . Keluarlah skrin Command Prompt seperti di bawah.

Langkah 2 : Taipkan cd.. dan tekan enter. Buat sehingga skrin tulis C:\

Langkah 3 : Taipkan volume thumbdrive korang (contohnya kalau volume korang D, taip saja D: ) Kalau nak tahu volume thumbdrive korang, pergi je tengok di My Computer. Selalunya volume itu dihujung nama thumbdrive korang.

Langkah 4 : YANG INI PENTING, SERIUS KALAU SILAP ! Taipkan attrib -s -h /s /d dan tekan enter. Tunggu kejap sehingga volume anda tertulis semula di skrin.

Langkah 5 : Siap! Cuba check korang punya thumbdrive, insyaAllah dah ada semula.

Itulah sedikit sebanyak tutorial saya untuk kali ini. Semoga berjaya ya!🙂

 
Leave a comment

Posted by on 02/01/2011 in Tutorial

 

Tags: , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: