RSS

One Segamat !

10 Jan

Assalamualaikum.

Dahulu, saya gelarkan bandar ini bandar koboi. Sangat sunyi daripada pembangunan. Pukul sembilan malam, dah tak ada kedai yang buka lebih-lebih lagi di bandar atas. Disebabkan jauh daripada lebuh raya, bandar ini agak terpinggir dari mendapat nikmat pembangunan seperti daerah-daerah lain di negeri Johor.

Itulah SEGAMAT, tanah tumpah darah saya sejak 19 tahun lalu.

Setahun ke setahun, Segamat mengalami pertumbuhan infrastruktur yang sangat banyak hasil pemimpin yang peka (chewah, dah keluar ayat politik aku). Daripada bandar yang agak selekeh, dah nampak ada bunga-bunga tepi jalan yang menghiasi Bandar Segamat.

Satu lagi infrastruktur yang bakal didirikan dan menjadi projek yang bernilai tinggi ialah One Segamat. One Segamat terletak bersebelahan Terminal Bas Segamat (bangunan Summit yang tak siap =,=” ).

 

 

Teruskan membaca…

 

Gambar-gambar ihsan Facebook Fan Page One Segamat


Dengan One Segamat, mungkin akan menggantikan pasar raya-pasar raya yang ada di Segamat. Mungkin Upwell, Billion, Giant dan lain-lain dah kena fikir cara untuk tarik perhatian orang Segamat datang ke pasar raya masing-masing.

Dahulu, Segamat ada panggung wayang di sebelah Sungai Segamat. Tapi dah tutup. Mungkin tahun ini, orang Segamat akan dapat wayang semula di One Segamat. Itu daya tarikan yang kuat untuk orang Segamat datang.

Pertengahan tahun 2011, One Segamat bakal dibuka. Rakyat Segamat mengharapkan agar shopping complex ini akan memenuhi keperluan rakyat Segamat.

Jika anda nak tengok One Segamat, nak beri komen tentang One Segamat sila klik Fan Page One Segamat .

About these ads
 
Leave a comment

Posted by on 10/01/2011 in Pandangan

 

Tags: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: